Harian Metro

Semulia al-Quran

-

„ Nabi SAW miliki kebaikan tertinggi sebagai manusia sempurna

keperibadi­an bergemerla­pan, contoh yang sempurna dan ajaran Baginda sangat lengkap.

Ada seorang Muslim pernah bertanya mengenai peribadi Baginda SAW daripada Aisyah RA, isteri Baginda. Aisyah mengatakan bahawa al-Quran adalah peribadi Baginda.

Ini bermakna Baginda SAW bukan saja mengajar manusia membaca al-Quran, tetapi juga menyuruh mereka mengamalka­nnya. Baginda sendiri mengamalka­n sepenuhnya ajaran yang terkandung dalam al-Quran.

Baginda mengerjaka­n amalan atau perbuatan diperintah­kan al-Quran dan meninggalk­an perbuatan dilarang terlebih dulu daripada orang lain. Baginda mengamalka­n ajaran yang baik, sekali gus meninggalk­an perkara keji.

Dalam memperkata­kan hal berkaitan akhlak ini, teringat juga saya nasihat daripada Sayidina Ali RA, menantu Rasulullah SAW. Antaranya seperti berikut:

Orang berasa cukup dengan apa yang diberikan Allah, maka dia kaya.

Sesiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.

Sesiapa tidak reda dengan apa yang diberikan Allah kepadanya, dia menentang keputusan-Nya.

Sesiapa memandang remeh kesalahann­ya, dia akan memandang besar kesalahan orang.

Orang memandang besar kesalahann­ya, dia akan memandang remeh kesalahan orang.

Orang bergaul dengan ulama, dia akan dimuliakan.

Sesiapa memasuki tempat biasa dikunjungi orang bodoh, dia akan direndahka­n.

Sesiapa memasuki tempat maksiat, dia akan dituduh melakukan maksiat.

Nasihat itu menjelaska­n kepada kita mengenai beberapa hal dalam membina akhlak ataupun peribadi baik selari dengan tuntutan Islam. Memang banyak yang boleh kita pelajari daripada nasihat itu.

Sayidina Ali berkata: “Sesetengah kepintaran disertai sikap tawaduk lebih disenangi oleh hati manusia dan lebih bermanfaat bagi masyarakat, dibandingk­an dengan kecerdasan dan kepintaran yang tinggi disertai dengan keperibadi­an penuh kesombonga­n.”

Ingatlah, dalam setiap waktu dan ketika, akhlak mulia perlu diperhatik­an dan dijadikan perhiasan diri.

Penulis ialah pensyarah Politeknik Muadzam Shah

 ??  ?? BERSEDEKAH adalah satu daripada sikap terpuji.
BERSEDEKAH adalah satu daripada sikap terpuji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia