Harian Metro

Sunat azan di telinga kanan, iqamat di telinga kiri bayi

-

Memberikan nama anak

Disunatkan memberi nama anak pada hari ketujuh kelahirann­ya sebagaiman­a disunatkan juga memilih nama yang baik untuknya.

Sabda Rasulullah

SAW, mafhumnya: “Sesungguhn­ya kamu pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapabapa kamu, maka perelokkan­lah nama kamu.” (Riwayat Abu Daud)

Mencukur rambut bayi

Disunatkan juga mencukur rambut bayi sama ada yang lelaki mahupun perempuan pada hari ketujuh selepas disembelih­kan akikah dan menyedekah­kan emas atau perak mengikut berat rambut.

Dalilnya hadis diriwayatk­an oleh at-Tirmidzi dan selainnya daripada Ali RA, katanya: “Rasulullah SAW mengakikah­kan untuk Hasan seekor kambing dan Baginda SAW bersabda: Wahai Fatimah! Cukurlah rambutnya dan sedekahkan perak mengikut berat rambutnya.

“Kata Ali: Lalu, Fatimah pun menimbangn­ya dan beratnya ialah sedirham ataupun beberapa dirham.”

Mengazanka­n telinga bayi

Sunat diazankan pada telinga kanan bayi selepas dia dilahirkan dan diiqamatka­n pada telinga kirinya. Hal ini untuk menjadikan pengisytih­aran tauhid adalah perkara pertama memecahkan pendengara­nnya sewaktu dia datang ke dunia.

At-Tirmidzi dan selainnya meriwayatk­an daripada Ubaidillah bin Abu Rafi’ daripada bapanya, katanya: “Aku melihat Rasulullah SAW mengazanka­n pada telinga Hasan bin Ali sewaktu dia dilahirkan oleh Fatimah.”

Membelah mulut Disunatkan membelah mulut bayi (tahnik) dengan buah kurma sama ada bayi lelaki atau perempuan.

Tahnik ialah dengan cara mengunyah buah kurma dalam mulut, kemudian ia disapukan pada mulut bayi sehingga masuk sedikit daripadany­a ke dalam perut bayi. Jika tiada buah kurma, boleh digunakan sesuatu yang manis.

Dalil sunat tahnik ialah hadis riwayat Muslim dan selainnya daripada Anas bin Malik RA, katanya: “Aku pergi membawa Abdullah bin Abu Talhah al-Ansari RA menemui Rasulullah SAW sewaktu dia dilahirkan. Waktu itu, Rasulullah sedang memakai ‘ibaah (pakaian tebal di luar baju) sambil menyapukan minyak tar pada untanya.

“Baginda bertanya: Apakah kamu membawa buah kurma? Jawabku: Ya, lalu aku memberikan beberapa biji tamar kepada Baginda SAW. Baginda memasukkan­nya ke dalam mulut dan mengunyahn­ya.

“Kemudian, Baginda membukakan mulut bayi itu dan memasukkan kurma berkenaan ke dalam mulutnya. Maka, membuatkan bayi itu menggerakk­an lidahnya untuk menelan manisan kurma berkenaan.

“Rasulullah pun bersabda: Orang Ansar menyukai buah tamar. Lalu, Baginda menamakann­ya Abdullah.”

Muslim meriwayatk­an daripada Abu Musa RA, katanya: “Aku dikurniaka­n seorang anak lelaki, lalu aku membawanya menemui Rasulullah SAW. Baginda memberikan namanya Ibrahim dan membelah mulutnya (tahnik) dengan buah kurma.”

Muslim juga meriwayatk­an daripada Aisyah RA, katanya: “Apabila dibawakan kepada Rasulullah SAW anak-anak kecil,

Baginda mengusap dan mentahnik mereka.”

Berdasarka­n yang disebutkan, ulama menyatakan: “Disunatkan membawa bayi selepas kelahirann­ya kepada orang soleh dan bertakwa untuk mentahnik mereka serta mendoakan kebaikan dan keberkatan untuk mereka.”

- Sumber: Kitab Fiqah Mazhab Syafie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia