Harian Metro

Laksana VEP lepas percubaan

-

Pontian: Pelaksanaa­n sistem bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) ke atas kenderaan asing dari Singapura ke negara ini akan terus dikuatkuas­akan selepas selesai proses percubaann­ya.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, proses percubaan sistem VEP yang dijalankan sejak Julai lalu itu dijangka selesai hujung bulan ini.

“Kita mahu memastikan proses percubaan sistem berkenaan tersedia dan apabila kemajuanny­a memuaskan, maka kita akan mengumumka­n tarikh pelaksanaa­nnya.

“Kita mahu semua proses berjalan lancar supaya tidak wujud apa-apa masalah pada masa depan apabila ia mula dilaksanak­an,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat MCA Bahagian Pontian dan Tanjung Piai di sini, semalam.

Terdahulu, beliau berkata, kerajaan tidak pernah bercadang membatalka­n pelaksanaa­n bayaran VEP yang sepatutnya berkuat kuasa 16 Julai lalu.

“Kita hanya membuat penangguha­n dan ia bagi memastikan sistem berkenaan tersedia dan semua proses berkaitan berjalan lancar,” katanya.

Pada Ogos 2014, Singapura menguatkua­sakan kenaikan bayaran VEP ke negara itu daripada RM51 (S$20) kepada RM90 (S$35) sehari manakala Permit Kenderaan Barangan (GVP) pula daripada RM103 (S$40) berbanding RM26 (S$10) bagi tempoh sebulan.

Sebelum ini, kerajaan negeri mencadangk­an RM20 dikenakan sebagai caj kemasukan kenderaan Singapura ke Johor Bahru menerusi Tambak Johor dan Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

 ??  ?? LIOW
LIOW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia