Harian Metro

Mek Kebaya molek sungguh!

- Helmy Abd Rahman dan Nazdy Harun am@hmetro.com.my

„ Golongan muda Cina Peranakan Terengganu tidak lupa kebaya potong kot nenek moyang

Walaupun generasi lama Cina Peranakan Terengganu bimbang golongan muda terikut-ikut dengan perubahan zaman, masih ada yang meneruskan budaya mereka itu. Mereka tetap mahu memakai pakaian kebaya nenek moyang seperti dipaparkan dalam Wajah Kehidupan hari ini.

Mereka hanya golongan minoriti, namun bakti Cina Peranakan Terengganu amat besar dan penting kepada pembanguna­n negeri ini terutama sektor pelanconga­n.

Keunikan budaya dan amalan hidup sehari-hari menjadikan mereka sebagai sandaran kepada tarikan pelancong.

Bukan hanya generasi lama yang mahu mengekalka­n ciri budaya unik itu, tetapi kesanggupa­n golongan mudanya menyanjung tinggi tradisi turun-temurun yang diamalkan menjadi ‘perencah’ kepada keunikanny­a.

Seorang daripada mereka, Lily Jo, 32, mengakui sering mengenakan pakaian tradisi kebaya potong kot walaupun ketika di tempat kerja.

“Tiada apa nak dimalukan, malah saya berbangga dan selesa apabila memakai pakaian tradisiona­l ini dan secara tidak langsung mempromosi­kan Terengganu.

“Bukanlah pakai setiap hari, tetapi saya pasti memakai kebaya dari semasa ke semasa,” katanya yang juga seorang ahli perniagaan.

Menurutnya, kehadiran Mek Kebaya di Kampung Cina mengedarka­n risalah dan buah tangan juga satu tarikan besar untuk menarik minat pelancong datang ke Kampung Cina bagi melihat budaya Cina Peranakan Terengganu.

“Istimewany­a kebaya masyarakat Peranakan Terengganu bukan hanya pada corak potongan, tetapi juga melalui sulaman indah dan manik pada pakaian itu sendiri,” katanya.

Lily, anak sulung daripada dua beradik juga pernah dinobatkan sebagai Ratu Kebaya dalam pertanding­an ratu cantik Peranakan, dua tahun lalu.

Menurutnya, memakai kebaya adalah lambang nenek moyangnya dan seharusnya tidak boleh ditinggalk­an generasiny­a.

Katanya, jika melupakann­ya seperti juga mereka melupakan asal keturunan dan sekiranya mereka sendiri tidak mengamalka­nnya siapa lagi yang boleh dipertangg­ungjawabka­n.

“Saya juga menyeru kepada golongan lebih muda supaya jangan dibiarkan adat dan budaya Cina Peranakan di Terengganu ini pupus.

“Ia memiliki keunikan tersendiri dan berbeza dengan tempat lain walaupun ada juga komuniti Cina Peranakan di negeri lain.

“Golongan muda seharusnya bangga kerana mempunyai satu identiti tersendiri dan menjadi kerugian jika dibiarkan begitu saja,” katanya.

 ??  ?? MEK Kebaya daya tarikan pelancong ke Terengganu. PENGUNJUNG Norzaini Mohd Yusof meminati jahitan pada baju kebaya dipakai Tan Xiao Fang sambil disaksikan Lily (kiri).
MEK Kebaya daya tarikan pelancong ke Terengganu. PENGUNJUNG Norzaini Mohd Yusof meminati jahitan pada baju kebaya dipakai Tan Xiao Fang sambil disaksikan Lily (kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia