Harian Metro

Produk pelanconga­n penting

-

Kuala Terengganu: Kampung Cina yang menjadi lokasi utama menampilka­n budaya Cina Peranakan di Terengganu muncul antara tiga destinasi pelanconga­n utama di bandar raya ini.

Pengurus Promosi Tourism Terengganu Ahmad Fathil Abd Ghani berkata, perkara itu bukanlah sesuatu yang aneh kerana budaya Cina Peranakan Terengganu yang sememangny­a unik dan berbeza dengan Cina Peranakan di Melaka, Pulau Pinang atau Kelantan.

“Kampung Cina dan Cina Peranakan Terengganu amat penting dalam sektor pelanconga­n di negeri ini, malah Kampung Cina menjadi destinasi kedua paling ramai dikunjungi di bandar raya ini selepas Pasar Payang.

“Pelawat yang datang ke Kuala Terengganu pasti singgah untuk melihat keunikan kampung berkenaan yang masih mengekalka­n tradisi Cina Peranakan Terengganu.

“Selain dari sudut gaya hidup, keunikan mereka ini dapat dilihat menerusi rekaan seni bina, makanan, festival dan pakaian.

Senario ini menjadikan Cina Peranakan Terengganu muncul antara produk pelanconga­n penting bagi negeri ini,” katanya.

Menurutnya, jumlah pelancong ke Kampung Cina biasanya bertambah dengan ketara setiap kali sambutan perayaan atau festival dianjurkan.

“Setiap tahun sepanjang sambutan Tahun Baru Cina menjelma, Kampung Cina pasti menarik bilangan pengunjung yang ramai.

“Selain itu, Festival Peranakan Terengganu dan Festival Kuih Bulan mendapat perhatian ramai. Pada hari biasa juga bilangan pelancong tetap ramai lebih-lebih lagi lokasi Kampung Cina berdekatan dengan Pasar Payang,” katanya.

Ahmad Fathil berkata, selain Kampung Cina, Cina Peranakan Terengganu turut banyak menetap di Kampung Tiruk di sini tetapi jumlahnya semakin berkuranga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia