Harian Metro

Sekali sentuh fulus ghaib

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@ hmetro.com.my

„ Lelaki tak sedar RM1,850 hilang selepas tangannya dipegang

Seorang lelaki bagaikan dipukau apabila langsung tidak menyedari wang tunai sebanyak RM1,850 dipegangny­a lesap sejurus disentuh dua lelaki tidak dikenali.

Dalam kejadian jam 5.50 petang kelmarin, mangsa dikatakan memasukkan wang berjumlah RM5,000 ke dalam mesin deposit di sebuah bank di Seri Kembangan, di sini.

Mangsa yang membuat transaksi bersendiri­an itu dikatakan sedang beratur untuk menjalanka­n urusan itu sebelum dua penjenayah memegang tangannya secara mendadak.

Sumber polis berkata, mangsa yang pelik terhadap tindakan suspek berusaha melepaskan genggaman sebelum kedua-dua lelaki itu bertindak meninggalk­annya.

“Walaupun menyedari kelakuan pelik suspek, mangsa hanya mengarahka­n mereka pergi dari kawasan berkenaan.

“Dia kemudianny­a meneruskan urusan memasukkan wang ke dalam akaun menggunaka­n mesin deposit itu sebelum menyedari wang tunai RM5,000 dipegangny­a berkuranga­n sebanyak RM1,850,” katanya.

Dia berkata, mangsa kemudian bertindak mengejar kedua-dua lelaki itu untuk mendapatka­n wangnya semula selepas mengesyaki diperdaya suspek.

“Mangsa cuba mengejar penjenayah, namun gagal kerana kedua-dua suspek sempat menaiki kereta model Perodua Alza untuk melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan, di sini, untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Kami sedang berusaha mengesan suspek dalam kejadian itu. Siasatan kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan meragut,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia