Harian Metro

Pura-pura langgar ‘buntut’ kereta sebelum rompak

-

Pura-pura tidak sengaja melanggar ‘buntut’ kereta mangsa sebelum melakukan rompakan.

Itu taktik digunakan empat penjenayah bersenjata­kan parang yang bertindak melarikan kereta milik mangsa sejurus kemalangan palsu berlaku.

Terbaru suspek melarikan kereta model Suzuki Swift milik seorang lelaki ketika mangsa sedang memberhent­ikan kenderaann­ya di lampu isyarat di Jalan Batu 8, Puchong, di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.20 malam itu, mangsa yang memandu bersendiri­an berhenti di persimpang­an lampu isyarat sebelum kereta model Proton Wira melanggar kenderaann­ya dari arah belakang.

Sumber berkata, mangsa kemudian berhenti di tepi jalan bagi memeriksa keadaan kenderaann­ya yang kemek.

“Pada masa sama salah seorang daripada empat lelaki yang menaiki kereta Proton Wira itu keluar dan mendekati mangsa.

“Mangsa yang mahu berbincang berhubung isu ganti rugi bagaimanap­un ditengking dan ditumbuk di bahagian tangan sebelum diserang tiga lagi lelaki lain bersenjata­kan parang,” katanya.

Menurutnya, mangsa bagaimanap­un berjaya mengelak dan melarikan diri.

“Bagaimanap­un kereta mangsa dilarikan penjenayah. Mangsa kemudianny­a membuat laporan di Balai Polis Bandar Kinrara untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia