Harian Metro

Nasib baik mereka tak panik

- Nadzreen Shah Mat Salim am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sistem pengajian institusi pondok di negara ini bersih daripada penularan anasir fahaman radikal, malah dianggap benteng kukuh negara bagi menghalang ideologi militan seperti Daish yang sudah menjadi barah global.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam konteks menangani ajaran sesat, malah fahaman radikal sekali pun, sekolah pondok adalah benteng terbaik.

Beliau turut menyangkal tuduhan sesetengah pihak kononnya sekolah pondok sebagai pusat melahirkan golongan ektremis.

“Dulu dan kini sekolah pondok adalah benteng ajaran sesat. Namun mengenai fahaman radikal, ada pihak mengatakan ia ada kaitan dengan sekolah pondok.

“Jangan kita keluarkan satu

“Mujur ada tiga lelaki berjaya merenggang­kan pintu lif berkenaan bagi membolehka­n tujuh mangsa yang terperangk­ap mendapatka­n oksigen,” kata Mohd Rosmab Abdul Razak, 34, yang menyedari anaknya, Siti Safiah Kaisara, lapan tahun, turut berada di dalam lif di Pangsapuri Sentul Utara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, lima mangsa dewasa dan dua kanak-kanak terperangk­ap lebih 30 minit di tingkat 10 pangsapuri itu.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia mahu pulang ke rumah selepas berhari raya di rumah bapa mentuanya di pangsapuri itu.

“Saya tidak sempat masuk ke dalam lif itu berikutan pintu lif tertutup dengan pantas. Lif dari tingkat 14 itu, bagaimanap­un berhenti di tingkat 10 sebelum menunjukka­n simbol pangkah.

“Saya kemudian berlari ke tingkat 10 sebelum mendapati tiga lelaki berusaha membuka pintu lif itu.

“Namun pintu lif berkenaan hanya terbuka sedikit dan saya dapat melihat Safiah sedang ketakutan dan menangis,” katanya.

Dia berkata, semua mangsa akhirnya berjaya dikeluarka­n oleh anggota bomba dan penyelamat yang tiba tidak lama kemudian.

“Mujur semua mangsa tidak panik ketika keluar dari lif itu walaupun terperangk­ap lebih setengah jam,”katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.15 petang dan sepasukan anggota

„ Lima dewasa, dua kanak-kanak terperangk­ap 30 minit dalam lif pangsapuri

bomba bergegas ke lokasi.

“Didapati terdapat lima dewasa dan dua kanak-kanak terperangk­ap di dalam lif berkenaan.

“Lif itu didapati berhenti di antara tingkat 10 dan tingkat sembilan pangsapuri itu. Namun semua mangsa dapat diselamatk­an tanpa mengalami kecederaan,” katanya.

 ??  ?? MANGSA yang terperangk­ap dalam lif di pangsapuri Sentul Utara.
MANGSA yang terperangk­ap dalam lif di pangsapuri Sentul Utara.
 ??  ?? ANGGOTA bomba membantu menyelamat­kan mangsa terperangk­ap.
ANGGOTA bomba membantu menyelamat­kan mangsa terperangk­ap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia