Harian Metro

Sekolah pondok benteng terbaik fahaman radikal

-

kenyataan yang tidak berasaskan fakta. Jika kita tengok ini, ramai yang terbabit dalam keganasan seperti militan Jemaah Islamiyah (JI), Al-Qaeda atau Daish sekali pun bukan dari sekolah pondok.

“Adalah seorang dua namun sebenarnya, majoriti adalah dari institusi pengajian tinggi (IPT) dan golongan profesiona­l,” katanya.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, berdasarka­n pemerhatia­nnya, yang memimpin kumpulan ektremis dan radikal terdiri golongan profesiona­l termasuk bergelar doktor dan profesor.

Misalnya, beliau berkata, pembabitan bekas pensyarah Universiti Malaya Dr Mahmud Ahmad atau Abu Handzalah kini dipercayai komander di wilayah Basilan, Filipina.

“Begitu juga menyertai JI seperti Dr Azhari Hussein, Nordin Mohamad Top, Dr Abdullah Daud serta ramai lagi dari IPT.

“Jika (sesiapa) keluarkan kenyataan cakap sekolah pondok ini menjadi sarang, itu tak betul. Cakap berasaskan fakta. Bukan berasaskan sentimen dan emosi.

“Jangan keluarkan kenyataan terlalu umum. Dalam konteks Daish, semua tempat tidak terkecuali termasuk polis, tentera, ahli akademik universiti jangan cakaplah, ramai kita tangkap,” katanya.

Sementara itu, Pakar Kajian Strategik dan Anti Keganasan Kolej Universiti Islam Perlis Dr Mizan Mohammad Aslam berkata, pelajar IPT lebih menjadi sasaran kumpulan radikal kerana beberapa faktor.

Menurutnya, antara faktor utama berlaku demikian kerana pelajar IPT amat sinonim dengan media sosial, terkelompo­k dalam umur mudah ditembusi, pemikirann­ya rapuh dan polos serta golongan yang sedang dahaga mencari ilmu pengetahua­n umpama span menyerap segala aliran.

“Malah jenis orang yang ‘lone wolf’ juga boleh direkrut menerusi media sosial walaupun suka menyendiri. Ini kerana mereka tetap terdedah menerusi media sosial.

“Selain itu, pelajar IPT juga mempunyai sikap ingin memperliha­tkan dan mewujudkan imej hebat lain daripada yang lain dan ditunjuk pula jalan mudah oleh pimpinan ekstremis kononnya untuk membasuh dosa selepas terbabit dengan maksiat,” katanya.

Siri laporan eksklusif secara bersiri berkaitan Daish disiarkan Harian Metro sejak Jumaat lalu dengan mengambil pandangan dan kes daripada beberapa pakar termasuk Ayob Khan, Pengkaji Aliran Radikal Mahfuz Muhammad, Pengerusi Jawatankua­sa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin, mufti dan bekas mufti.

Rata-ratanya mengeluark­an pandangan selari mengenai masalah pokok ancaman Daish iaitu ideologi radikal menjurus kepada perlakuan ekstremis yang perlu dibanteras segera sebelum menjadi lebih kronik.

 ??  ?? Jika kita tengok ini, ramai yang terbabit dalam keganasan seperti militan Jemaah Islamiyah (JI), Al-Qaeda atau Daish sekali pun bukan dari sekolah pondok”
Jika kita tengok ini, ramai yang terbabit dalam keganasan seperti militan Jemaah Islamiyah (JI), Al-Qaeda atau Daish sekali pun bukan dari sekolah pondok”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia