Harian Metro

Jahanamkan

- Nadzreen Shah Mat Salim am@hmetro.com.my

Muat naik gambar dan maklumat peminjam di laman sosial bertujuan memalukan peminjam dan ahli keluarga mangsa.

Itu adalah taktik melampau diguna pakai ceti haram (along) untuk menjahanam­kan reputasi perniagaan dan nama baik mangsa menggunaka­n medium Facebook (FB).

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Choong berkata, tindakan sindiket along memaparkan gambar peminjam dan keluarga selain alamat rumah di FB adalah tindakan keterlalua­n.

“Sindiket ini akan turut menggunaka­n perkataan berbaur ugutan di FB menyebabka­n mangsa dan ahli keluarga mengalami trauma.

“Malah tindakan along itu menyebabka­n keluarga saling berbalah hingga sanggup memutuskan hubungan kekeluarga­an akibat tekanan diberikan,” katanya.

Menurutnya, lebih membimbang­kan apabila kumpulan samseng ceti haram ini akan memburu ahli keluarga lain dan akan mengganggu mereka.

“Tidak cukup dengan itu, along juga akan merosakkan hubungan perniagaan sesiapa saja yang mempunyai kaitan peminjam,” katanya.

Dia berkata, sindiket along seharusnya mencari si peminjam dan bukannya keluarga kerana mereka tidak terbabit dengan perjanjian hutang.

“Kebanyakan sindiket ini sewenang-wenang menaikkan kadar ‘bunga’ hutang hingga peminjam tidak mampu membayar pinjaman,” katanya.

Sementara itu, seorang wanita terpaksa berpindah serta menyembuny­ikan diri bersama dua anaknya akibat

„

perbuatan suami meminjam wang dari ceti haram bagi tujuan perniagaan.

Mangsa, Mei Ling,32, berkata, suaminya melarikan diri sejak 20 Julai lalu selepas gagal melangsaik­an hutang along.

“Kini, saya terpaksa menumpang di rumah ibu mentua bagi mengelak dikesan samseng Along,” katanya ketika ditemui, di sini.

Dia berkata, Along turut mengugut menculik anaknya berusia tujuh dan enam bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia