Harian Metro

Diskaun dua kerusi urut Gintell

-

Shah Alam: Bersempena sambutan Hari Malaysia, syarikat produk urutan kesihatan Gintell menawarkan diskaun dengan pakej istimewa untuk dua jenis kerusi urut keluaran mereka.

Kerusi urutan itu masing-masing dinamakan sebagai De’ Wise Care dan De’ Vano S FUNtastic Sofa yang sudah berada di pasaran tempatan ketika ini.

Pengurus Pengiklana­n dan Promosi Gintell Aly Wong berkata, tawaran terhad itu hanya diberikan pihaknya sehingga sambutan Hari Malaysia pada Jumaat ini.

“Kami memberi peluang dan ganjaran kepada orang ramai dengan menawarkan diskaun sehingga RM300 termasuk pelbagai hadiah lain bagi kerusi urut De’ Wise Care.

“Pelbagai pakej ditawarkan pada harga menarik termasuk kerusi itu dan De’ Vano S FUNtastic Sofa yang boleh diperoleh dengan harga hanya RM10,988 berbanding harga asal mencecah RM20,000,” katanya ketika ditemui pada program Ramah Mesra Gintell di Setia City Mall di sini, petang kelmarin.

Hadir sama, selebriti terkenal tanah air yang juga duta syarikat itu Datuk Jalaluddin Hassan.

Menurut Wong, pihaknya berharap orang ramai mengambil kesempatan itu untuk membantu mengutamak­an kesihatan sekeluarga.

Sementara itu, Jalaludin berkata, peluang menjadi duta kepada produk itu sememangny­a memberi manfaat kepada tubuh badannya yang kerap keletihan akibat faktor usia menjangkau 62 tahun.

“Kita harus menjaga kesihatan ketika semakin berusia. Menerusi kerusi urut Gintell yang ada di rumah, saya kini tidak memerlukan bantuan isteri untuk mengurut malah hanya perlu duduk dan beristireh­at sendiri di atas kerusi itu,” katanya.

 ??  ?? ORANG ramai berpeluang mencuba produk terbaru kerusi urut Gintell.
ORANG ramai berpeluang mencuba produk terbaru kerusi urut Gintell.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia