Harian Metro

Tragedi 12.40 tengah malam

- Adnan Ibrahim am@hmetro.com.my

„ Tiga maut dalam kemalangan babit tiga motosikal

“Kebiasaann­ya, saya akan bersama arwah bapa dan arwah Noraripen keluar minum di Taman Ria dengan menaiki kereta. Namun semalam (kelmarin), saya bercadang balik ke rumah pada pagi Aidiladha dan tidak dapat membawanya minum seperti biasa.

“Saya terkejut apabila dimaklumka­n tragedi yang menimpa ayah serta abang ipar,” kata Mohamad Azwan, 25.

Mohamad Azwan ialah anak bongsu kepada Mohamed Hassan Ali, 65, yang meninggal dunia selepas motosikal ditunggang bersama menantunya, Noraripen Surni, 48, terbabit dengan kemalangan dengan dua motosikal lain di Kilometer 45, Jalan Batu Pahat–Mersing berhampira­n Taman Ria di sini, jam 12.40 tengah malam semalam.

Mohamed Hassan serta Noraripen disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang manakala seorang lagi penunggang motosikal, Muhammad Hafiz Ghazali, 21, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala serta badan.

Penunggang motosikal ketiga, Mohammad Ekmal Yussry Md Yassin, 19, parah dan kini dirawat di hospital sama.

Menurut Mohamad Azwan, setiap kali berkumpul untuk menyambut sebarang perayaan atau keramaian, arwah bapanya akan mengajak anak serta menantu minum di Taman Ria yang terletak tidak jauh dari rumah mereka di Taman Seri Lalang.

“Arwah bapa rapat dengan ketujuh anaknya serta menantu. Walaupun sedih namun kami reda dengan pemergian mereka berdua,” katanya.

Jenazah Mohamed Hassan dan Noraripen disembahya­ngkan di Masjid Jamek Taman Seri Lalang sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Taman Seri Lalang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Mohamed Hassan dan Noraripen keluar dari simpang Taman Ria untuk ke Taman Seri Lalang.

“Sebaik memasuki jalan utama, motosikal ditunggang Muhamad Hafiz yang datang dari arah Ayer Hitam menuju ke Kluang tidak sempat mengelak lantas merempuh motosikal ditunggang warga emas dan menantunya itu.

“Motosikal ditunggang Mohammad Ekmal Yussry yang mengekori rapat motosikal Muhamad Hafiz turut gagal mengelak menyebabka­nnya terjatuh,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987. Saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

 ?? ADNAN IBRAHIM ?? MOHAMAD Azwan (tiga dari kanan) bersama penduduk Taman Seri Lalang membantu mengusung jenazah Mohamad Hassan dan Noraripen (kiri). LOKASI kemalangan ragut tiga nyawa.
ADNAN IBRAHIM MOHAMAD Azwan (tiga dari kanan) bersama penduduk Taman Seri Lalang membantu mengusung jenazah Mohamad Hassan dan Noraripen (kiri). LOKASI kemalangan ragut tiga nyawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia