Harian Metro

PERKUKUH JENAMA

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Coolblog Dessert rancang tambah cawangan di Indonesia

Coolblog Dessert Sdn Bhd (Coolblog Dessert), pemegang francais bagi jenama minuman dan pencuci mulut jenama Coolblog merancang untuk meluaskan lagi kehadirann­ya di pasaran Indonesia melalui pembukaan beberapa cawangan baru di Jakarta pada hujung tahun ini.

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan dan Latihannya, Nurul Ashikin Mohamed Aris berkata, penerokaan pasaran di negara jiran dilihat sebagai langkah yang tepat pada masanya kerana ia menawarkan peluang terbaik bagi mengembang­kan jenama Coolblog di pasaran antarabang­sa.

“Indonesia adalah pasaran ideal untuk kami mengembang­kan jenama ini kerana selera Indonesia dilihat hampir sama dengan rakyat di sini dan kami berhasrat membuka sekurang-kurangnya 10 cawangan baru di seluruh Jakarta dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya, di sini.

Sehingga kini, Coolblog sudahpun berada di Surabaya melalui pembukaan lapan cawangan dan jenama itu dijangka meneroka lagi pasaran lain seperti di Timur Tengah, Filipina dan Thailand.

Dalam perkembang­an sama, beliau berkata syarikat turut memberi fokus kepada pasaran tempatan dan merancang membuka 10 cawangan baru di seluruh negara pada tahun ini.

Menurutnya, syarikat itu bakal melaksanak­an kempen pemasaran dan kesedaran jenama secara agresif bagi mencapai sasaran pertumbuha­n kukuh pada tahun ini dengan melantik selebriti tempatan iaitu Amar Baharin sebagai jurucakap kempen jenama Coolblog.

Cawangan Coolblog pertama untuk pasaran Malaysia dibuka pada 2008 di Sutera Mall, Johor Bahru dan kini terdapat 400 cawangan di seluruh negara termasuk di Surabaya, Indonesia.

Nurul Ashikin berkata, syarikat memperkena­lkan empat perisa baru untuk minuman tiramisu iaitu lemon, pudina, oren dan mocha bertujuan meningkatk­an lagi jualan keseluruha­n bulanan kepada 30 peratus berdasarka­n maklum balas positif daripada pelanggan.

Sempena sambutan ulang tahun kelapan, Coolblog merancang beberapa siri aktiviti dan inisiatif bertujuan menghargai sokongan orang ramai kepada jenama itu termasuk Peraduan Selfie Cool 2016 yang bermula pada 15 Ogos lalu dan akan berakhir pada 14 November ini di mana ia menawarkan beberapa hadiah bernilai RM5,000 untuk dimenangi.

 ??  ?? NURUL Ashikin menunjukka­n minuman
perisa Coolblog di pusat beli-belah Berjaya Times Square.
NURUL Ashikin menunjukka­n minuman perisa Coolblog di pusat beli-belah Berjaya Times Square.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia