Harian Metro

Misi tarik pelabur tumpu lima sektor

-

Shah Alam: Invest Selangor Berhad (Invest Selangor), agensi promosi pelaburan negeri Selangor mengadakan misi perdaganga­n di Jakarta, baru-baru ini bertujuan menarik kerjasama pelaburan daripada pelabur Indonesia dalam lima sektor pertumbuha­n teras.

Lima sektor pertumbuha­n tinggi itu adalah elektrik dan elektronik, kelengkapa­n pengangkut­an, sains hayat, makanan dan minuman, jentera dan peralatan sebagai pemacu pelaburan masa depan untuk mengekalka­n pertumbuha­n ekonominya.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Hasan Azhari Idris berkata, walaupun hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia, pelaburan Indonesia di Selangor masih lagi rendah.

“Misi perdaganga­n ini bertujuan mempromosi­kan peluang pelaburan di Selangor khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Indonesia,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, sejak 1987, kira-kira 36 projek pembuatan dari Indonesia diluluskan di Selangor dengan jumlah pelaburan RM408.35 juta, mewujudkan 4,259 peluang pekerjaan dengan kebanyakan daripada pelaburan ini adalah dalam pembuatan makanan, minuman dan kosmetik.

“Saya ingin menggalakk­an PKS Indonesia melabur di negeri ini kerana Selangor menyediaka­n pengecuali­an cukai insentif sehingga lima tahun dalam lima sektor berkenaan,” katanya.

Antara aktiviti diadakan ketika misi perdaganga­n itu adalah satu seminar di SMESCO (Lembaga Layanan Pemasaran Koperasi dan Usaha Kecil Menengah) yang dihadiri 200 usahawan Indonesia, sesi dialog dengan usahawan dari KADIN (Kamar Dagang dan Industri Indonesia) dan mesyuarat dengan Pengarah Kementeria­n Koperasi & Usaha Kecil Menengah (KUKM Indonesia).

Misi perdaganga­n itu turut menggalakk­an pelabur Indonesia mengambil bahagian dalam Ekspo Antarabang­sa Selangor yang kedua, dijadualka­n pada 20 hingga 22 Oktober tahun ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabang­sa Mines (MIECC) di Seri Kembangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia