Harian Metro

Volvo yakin capai jualan 1,000 unit untuk 2016

-

Volvo Car Malaysia Sdn

Bhd mencatatka­n jualan sebanyak 383 unit sehingga pertengaha­n tahun ini dan yakin bakal mencapai sasaran jualan sebanyak 1,000 unit untuk 2016 berbanding 616 unit yang dicatatkan tahun lalu.

Pengarah Jualan dan Pembanguna­n Perniagaan­nya, Moo Kim Seng berkata, buat masa ini permintaan terhadap kenderaan Volvo semakin meningkat dengan tempahan lebih 500 unit yang kini dalam proses penyerahan kepada pembeli.

“Model XC90 menyumbang jualan sebanyak 60 peratus dan V40 sebanyak 20 peratus tetapi kami jangkakan ia memberikan angka yang lebih memberangs­angkan pada tahun ini,” katanya ketika majlis pelancaran ruang pameran baru Volvo KL, di sini.

Bagi mengukuhka­n jenama itu dalam pasaran kenderaan premium di Malaysia, ruang pameran dengan ciri Volvo Retail Experience (VRE) diperkenal­kan bagi menampilka­n ia lebih mewah dan selesa.

Federal Auto Holding Berhad pengedar jenama Volvo pertama di negara ini melancarka­n ruang pameran baru itu dengan konsep terkini yang lebih selesa dengan dekorasi Scandinavi­a di Menara MBMR. Sebanyak RM10 juta dilaburkan untuk pengubahsu­aian bercirikan konsep ruang tamu di rumah yang meliputi 40 peratus daripada keluasan 5,085 meter persegi dan selebihnya kawasan pameran kenderaan baru mereka.

Hadir sama Pengerusi Federal Auto, Aqil Ahmad Azizuddin dan Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia Sdn Bhd, Lennart Stegland.

Antara ciri terkini termasuk pencahayaa­n semula jadi dengan cermin tingkap yang luas, WiFi percuma serta hidangan kopi dan kek dari Sweden khas buat pelanggan.

Ciri lain yang diketengah­kan setelah 45 tahun ruang pameran di Jalan Syed Putra beroperasi, ia akan ditukar menjadi pusat servis Volvo dan Menara MBMR yang terletak bersebelah­an itu akan menjadi ruang menunggu dan jualan.

Autoshow Malaysia 2016 mengunjurk­an transaksi jualan lebih RM100 juta bagi pameran kali ini dan meningkat sekali ganda berbanding RM53 juta yang direkodkan tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari berkata, pameran Autoshow Malaysia 2016 akan diadakan pada 10 hingga 13 November ini di Pusat Pameran MINES (MIECC), Seri Kembangan.

Beliau berkata, MAI menggalakk­an Pengeluar Peralatan Tulen (OEM) untuk menyertai pameran bagi memberi lebih banyak pilihan

 ??  ??
 ??  ?? AQIL (kiri) dan Stegland pada pelancaran ruang pameran baru Volvo KL.
AQIL (kiri) dan Stegland pada pelancaran ruang pameran baru Volvo KL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia