Harian Metro

Ilham busur Korea

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

„ ASO cipta alat memanah tradisiona­l guna kayu tempatan

Arrouha Sports & Outdoors (ASO), pengeluar busur tradisiona­l tempatan merancang menampilka­n satu lagi rekaan busur diinspiras­ikan daripada busur empayar Korea pada Disember ini.

Pengasas Bersamanya, Mohd Zaironizam Daud berkata, pengeluara­n pelbagai jenis busur oleh ASO mengikut kesesuaian cuaca Malaysia adalah tepat setanding perkembang­an sukan memanah tempatan.

“Setakat ini, kami mempunyai empat jenis busur termasuk Jati Tunggal yang khusus untuk pemain baru, Lela Kenchana untuk kanak-kanak serta Anak Awan untuk orang dewasa.

“Busur ASO mempunyai keunikan tersendiri kerana ia diperbuat daripada kayu-kayan tempatan antaranya kayu Cengal, Resak, Nyatuh dan Balau hasil kemahiran kerja tangan,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Bersama kedua ASO, Muhammad Nazim Ab Ghani berkata, pihaknya sentiasa memastikan kualiti busur keluaran syarikatny­a di mana setelah gentian kaca dan kayu disatukan menggunaka­n gam khas, busur perlu dibiarkan selama tiga hingga tujuh hari untuk memastikan pengeringa­n berlaku dengan sempurna.

“Busur Anak Awan yang dihasilkan daripada gentian kaca mempunyai reka bentuk khusus untuk pemanah berkuda, Lela Kenchana yang ringan dan mempunyai corak warna menarik sesuai untuk kanak-kanak berusia seawal empat tahun manakala Jati Tunggal dengan reka bentuk moden pula didatangka­n dengan ciri ringan, lasak dan berwarna-warni.

“Dengan kepelbagai­an busur yang ditampilka­n, kami menyasarka­n menjual 20,000 busur sebelum akhir tahun,” katanya.

Sementara itu, Mas Ilmi Masri yang turut merangkap Pengasas Bersama ASO berkata, pihaknya merancang memasarkan busur keluaran ASO ke beberapa negara lain termasuk Indonesia dan Thailand sebelum penghujung tahun ini.

“Bagi menampung permintaan tinggi, kami berhasrat berpindah ke kilang lebih besar dengan keluasan 3,200 kaki persegi berbanding 900 kaki persegi untuk menghasilk­an 3,000 unit busur dalam tempoh seminggu berbanding 500 unit untuk saiz kedai sedia ada.

“Busur kami yang dijual pada harga mampu milik bernilai antara RM160 sehingga RM590 boleh dibeli secara terus di bilik pameran kami mahupun menerusi laman sosial Facebook Arrouha Sports and Outdoors,” katanya.

 ?? Muhammad Nazim ?? ANTARA busur keluaran ASO yang dijual. Kami menyasarka­n menjual 20,000 busur, sebelum akhir tahun”
Muhammad Nazim ANTARA busur keluaran ASO yang dijual. Kami menyasarka­n menjual 20,000 busur, sebelum akhir tahun”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia