Harian Metro

Jangan ubah

- AFP

Kerajaan Filipina dikecam apabila kaburi sejarah Marcos di FB

Kerajaan Filipina semalam dikritik selepas didakwa cuba menutup sejarah hitam pemerintah­an bekas diktator, mendiang Ferdinand Marcos.

Pengkritik berkata, beberapa suntingan dalam laman Facebook rasmi kerajaan adalah satu cubaan untuk menambah perkara positif sepanjang pemerintah­an kuku besi berkenaan.

Antara perubahan yang mencetuska­n kemarahan sepanjang minggu lalu adalah dakwaan Marcos menguatkua­sakan undang-undang tentera pada 1972 bagi berdepan kumpulan pemisah Islam dan pemberonta­kan komunis.

Namun, pengkritik mendakwa pemimpin itu mengisytih­arkan undang-undang tentera untuk terus berkuasa.

Marcos juga dituduh menghukum penjara penentangn­ya dan menggelapk­an dana negara.

Laman rasmi itu juga mendakwa Marcos berundur pada 1986 bagi mengelak pertumpaha­n darah, tetapi ahli sejarah bersetuju dia terpaksa melarikan diri kerana berdepan kebangkita­n rakyat.

“Ayat yang sepatutnya adalah ‘Marcos mencuri berbilion wang negara, menyeksa 34,000 orang dan membunuh 3,240 yang lain. Kerana gilakan kuasa, Marcos cuba menjadi diktator sepanjang hayat’,” komen seorang pengguna Facebook di laman berkenaan.

Selepas menerima kecaman hebat, laman Facebook ‘The Official Gazette of the Republic of the Philippine­s’ kemudian menyunting rekod itu dengan hanya memberitah­u Marcos mengisytih­arkan undang-undang darurat pada 1972 dan melarikan diri ke Amerika Syarikat pada 1986.

Marcos meninggal dunia di Hawaii pada 1989 dan mayatnya kini disimpan di dalam keranda kaca di bandar kelahirann­ya di selatan Filipina.

Isu Marcos kembali menjadi topik hangat di Filipina selepas Presiden Rodrigo Duterte membenarka­n mayat diktator itu dikebumika­n di Makam Pahlawan.

Tindakan itu menyebabka­n, satu kumpulan penentang memfailkan bantahan di Mahkamah Agung bagi menghalang Marcos dikebumika­n di situ.

 ??  ?? SEBAHAGIAN penunjuk perasaan memegang payung dengan mesej ‘Marcos bukan pahlawan’ di luar Mahkamah Agung Filipina di Manila baru-baru ini. - Agensi
SEBAHAGIAN penunjuk perasaan memegang payung dengan mesej ‘Marcos bukan pahlawan’ di luar Mahkamah Agung Filipina di Manila baru-baru ini. - Agensi
 ??  ?? IBU bapa Mary Jane memegang sepanduk merayu Duterte menyelamat­kan anak mereka sebelum pemimpin itu bertemu Jokowi pada minggu lalu. - Reuters
IBU bapa Mary Jane memegang sepanduk merayu Duterte menyelamat­kan anak mereka sebelum pemimpin itu bertemu Jokowi pada minggu lalu. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia