Harian Metro

8 diekstradi­si ke Malaysia

-

Mahkamah di Vietnam meluluskan permintaan Malaysia untuk mengekstra­disi lapan warga Indonesia yang disyaki merampas sebuah kapal tangki minyak Malaysia, tahun lalu.

Pada masa sama, mahkamah turut menolak permintaan sama dikemukaka­n Indonesia.

Akhbar dalam talian VnExpress berkata, mahkamah di Hanoi semalam bersetuju mengekstra­disi kesemua suspek ke Malaysia berdasarka­n undang-undang dan prosedur jenayah.

Menurut kenyataan itu, suspek mempunyai 15 hari untuk membuat rayuan berhubung keputusan berkenaan.

Kelapan-lapan mereka ditahan Jun tahun lalu ketika tiba di pulau Tho Chu, Vietnam dan mengaku merampas kapal MT Orkim Harmony. - AP Washington: Hillary Clinton disahkan menghidap radang paru-paru, kata doktornya kelmarin, beberapa jam selepas calon presiden Demokrat itu hampir pitam ketika meninggalk­an upacara memperinga­ti 9/11.

Dr Lisa Bardack berkata dalam satu kenyataan, Hillary, 68, disahkan menghidap radang paru-paru pada Jumaat lalu dan diberi ubat termasuk antibiotik selain diarahkan berehat dan mengurangk­an jadual kerjanya.

Katanya, Hillary mengalami nyahhidras­i ketika upacara itu tetapi kini semakin pulih.

Sementara itu, pejabat Hillary enggan mengulas kenapa penyakitny­a itu tidak didedahkan, Jumaat lalu.

Sehubungan itu juga, jurucakapn­ya berkata, Hillary membatalka­n lawatan ke California yang merangkumi beberapa temu ramah dan pertemuan dengan pengumpul dana penting.

Hillary dilihat terhuyung-hayang dan tersungkur sebelum dibantu ejen Perkhidmat­an Rahsia untuk memasuki van ketika menghadiri upacara peringatan ulang tahun ke-15 serangan 11 September 2001 di Manhattan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia