Harian Metro

1.86 juta lontar jamrah

- Reuters

Hampir dua juta jemaah melontar jamrah tahun ini, setahun selepas nahas paling buruk membabitka­n ibadah itu berlaku tahun lalu.

Arab Saudi mengerahka­n ribuan anggota keselamata­n, kakitangan keselamata­n awam dan sukarelawa­n selain menggunaka­n sepenuhnya teknologi moden termasuk dron serta gelang elektronik untuk memastikan keselamata­n pada tahap terbaik sepanjang haji dilaksanak­an.

Tahun lalu, Arab Saudi melaporkan hampir 800 orang terbunuh apabila dua kumpulan besar jemaah bertembung di satu simpang ketika dalam perjalanan untuk melontar di jamrah.

Bagaimanap­un, ramai menganggar­kan lebih 2,000 yang sebenarnya maut dengan lebih daripada 400 mangsa rakyat Iran.

Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, 1.86 juta jemaah dari seluruh dunia datang menunaikan haji tahun ini, kurang daripada tahun-tahun sebelumnya yang melihat sehingga 3 juta kehadiran.

Menurut pihak berkuasa, gangguan akibat projek pembinaan infrastruk­tur di Makkah serta konflik di rantau berkenaan antara punca jumlah jemaah dihadkan.

Jemaah berhimpun dengan diawasi pihak berkuasa untuk melontar dari jambatan tiga tingkat yang dibina bagi mengurangk­an kesesakan.

Pada tahun-tahun sebelumnya, rempuhan kerap berlaku ketika jemaah berasak-asak pulang ke Masjidilha­ram sebaik selesai melontar.

Jemaah Mesir, Abdel-Rahman Badr berpuas hati dengan kadar keselamata­n tahun ini.

“Memang kali ini semuanya lebih lancar dan tersusun seterusnya memudahkan jemaah menunaikan ibadah,” katanya.

Namun seorang lagi jemaah, Mohammed, 60, berkata, masih banyak perlu dilakukan terutama untuk memudahkan jemaah warga emas. Sementara itu, Raja Salman turut berada di Mina, semalam, untuk memantau pelaksanaa­n pelan diwujudkan bagi mengelak kesesakan yang mampu menyebabka­n nahas.

Ribuan anggota keselamata­n, peralatan elektronik jamin keselamata­n jemaah

 ??  ?? JEMAAH menuju ke jamrah semalam. - AFP
JEMAAH menuju ke jamrah semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia