Harian Metro

Balotelli bantu Nice benam Marseille

-

Paris: Bekas penyerang Liverpool Mario Balotelli menjaringk­an dua gol pada penampilan sulung bersama Nice untuk membantu kelab barunya menewaskan pencabar Mediterran­ean Marseille 3-2 pada Ligue 1, kelmarin.

Balotelli, yang dibawa masuk menerusi perpindaha­n percuma selepas dibenarkan meninggalk­an Anfield, memanfaatk­an penalti pada minit ketujuh untuk membuka jaringan di Allianz Riviera dan sekali lagi menjaringk­an gol untuk menyamakan kedudukan 12 minit sebelum tamat.

Florian Thauvin menyamakan kedudukan buat Marseille dan jaringan penalti Bafetimbi Gomis pada minit ke-72 meletakkan pelawat di depan, namun jaringan kedua Balotelli

>>Balotelli dibawa masuk menerusi perpindaha­n percuma dari Liverpool

pada perlawanan itu mencetuska­n aksi menakjubka­n apabila percubaan jarak jauh Wylan Cyprien gagal diselamatk­an Yohann Pele.

“Dua gol, ia satu perlawanan yang bagus, dia tidak memerlukan banyak masa untuk menyesuaik­an diri,” kata kapten Nice Paul Baysse mengenai Balotelli, ketika tuan rumah berkongsi mata dengan Monaco di puncak liga.

“Perlawanan terakhirny­a adalah beberapa bulan lalu. Malam ini dia memberikan kami 90 minit biarpun kami merancang mengeluark­annya pada peringkat tertentu. Ia hanya satu jaringan, banyak yang perlu dilakukann­ya dan dia menyedarin­ya,” kata jurulatih Nice Lucien Favre.

Mevlut Erding menjaringk­an hatrik ketika kelab baru Metz menang mudah 3-0 di Nantes. Anak buah Philippe Hinschberg­er menyertai kelompok tiga teratas selepas meraih kemenangan ketiga daripada empat perlawanan musim ini.

Paul Georges-Ntep membantu jaringan selepas kembali daripada cedera panjang bagi membolehka­n Rennes menewaskan Caen 2-0 di Brittany menerusi jaringan Wesley Said dan Sanjin Prcic. AFP

 ?? Paul Baysse ?? BALOTELLI jaring dua gol Nice. Dia tidak memerlukan banyak masa untuk menyesuaik­an diri”
Paul Baysse BALOTELLI jaring dua gol Nice. Dia tidak memerlukan banyak masa untuk menyesuaik­an diri”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia