Harian Metro

Gol Totti julang Roma

-

Milan: Francesco Totti diturunkan dari bangku simpanan untuk menjaringk­an gol kemenangan lewat permainan ketika AS Roma kini dua mata di belakang pendahulu Juventus yang menewaskan Sampdoria 3-2 semalam.

“Itulah kali pertama saya takut mengambil penalti,” kata pemain veteran berusia 39 tahun itu yeng menyertai musim ke-24 dan terakhir di kelab itu memberitah­u selepas dikerumuni rakan sepasukan di bawah kawasan Curva Sud.

“Anda tidak boleh terlepas jaringan di Curva Sud!”

Roma dilihat bakal berdepan separuh masa kedua yang sukar di Stadio Olympico selepas Sampdoria bangkit untuk mendahului

2-1 pada separuh masa pertama apabila jaringan Fabio Quagliarel­la dan Luis

Muriel memadamkan

tandukan Mohamed Salah pada minit kelapan buat pasukan tuan rumah.

Namun jurulatih Roma Luciano Spalletti diberi masa tambahan untuk mempertimb­angkan pilihan taktikalny­a apabila pegawai pertanding­an menangguhk­an perlawanan hingga 30 minit untuk memastikan keadaan padang sesuai untuk permainan berikutan hujan dan hujan batu pada separuh masa pertama.

Totti menggantik­an Diego Perotti manakala Edin Dzeko menggantik­an Stephan El Shaarawy pada permulaan separuh masa kedua dan pertukaran itu mencetus impak segera.

Malah Spaletti yang pernah bertelagah dengan Totti musim lalu berkata, beliau kini mencari sekumpulan Totti yang baru. “Saya mahu empat atau lima Francesco Totti dalam pasukan ini,” kata Spaletti. AFP

 ??  ?? TOTTI akui gugup ketika mengambil penalti.
TOTTI akui gugup ketika mengambil penalti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia