Harian Metro

COSTA LUAR BIASA

- AFP

„ Conte puji sikap tenang penyerangn­ya ketika dikasari pemain Swans

Antonio Conte mempertaha­nkan penyerang bijak namun penuh kontrovers­i Diego Costa selepas pengurus Itali itu kehilangan mata buat kali pertama dalam bola sepak Inggeris apabila seri 2-2 dengan Swansea City di laman lawan.

Bintang Sepanyol itu menjaringk­an dua gol pasukannya kelmarin, dilayangka­n kad kuning dan turut menerima layanan keras daripada pertahanan Swansea Jordi Amat dan Federico Fernandez, kedua-duanya diberi amaran kerana mengasari Costa.

Amat, khususnya bernasib baik tidak dilayangka­n kad kuning kedua dan Conte memuji bintangnya kerana bersikap tenang biarpun ada cubaan provokasi.

“Jika anda tanya pertahanan itu berhak menerima kad kuning kedua, saya tidak mahu melayannya,” kata pengurus Chelsea itu.

“Saya hanya mahu memberitah­u setiap perlawanan wartawan bertanya mengenai Diego dan sikapnya dan hari ini saya boleh katakan Diego Costa mempunyai sikap luar biasa untuk mengawal situasi kerana hari ini dia dikasari dari awal hingga akhir perlawanan.

“Saya berpuas hati hari ini kerana dia menunjukka­n kepada saya dan rakan sepasukan mengenai sikap luar biasanya. Ia bukan sesuatu yang mudah.

“Saya fikir pertahanan mengenalin­ya dan kadangkala mereka cuba menimbulka­n provokasi. Ia sesuatu yang normal dalam bola sepak.

“Diego seorang pemain dengan semangat tinggi dan mereka cuba menimbulka­n provokasi. Namun ini adalah bola sepak, bukan saja di England dan bukan saja membabitka­n Diego tapi saya fikir pengadil perlu membenarka­n Diego Costa bermain mengikut caranya.”

Costa membuka jaringan sebelum Swansea menjaringk­an dua gol kontrovers­i dalam tempoh tiga setengah minit.

Penjaga gol Chelsea Thibaut Courtois dikatakan mengasari Gylfi Sigurdsson yang menjaringk­an penalti untuk gol penyamaan sebelum Leroy Fer dilihat menerjah Gary Cahill sebelum merebut bola dan menjaringk­an gol kedua.

Sepakan gunting menakjubka­n daripada Costa membolehka­n Chelsea meraih satu mata biarpun gagal mengekalka­n permulaan sempurna dan menyertai Manchester City di tangga pertama.

 ??  ?? COSTA (tengah) ledak dua gol Chelsea.
COSTA (tengah) ledak dua gol Chelsea.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia