Harian Metro

YAKEB bela nasib bekas atlet

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

„ Malek mahu jumlah ahli bertambah bagi memastikan kebajikan terus terjamin

Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Malek Noor menyeru semua bekas atlet Malaysia menyertai yayasan berkenaan dalam memastikan kebajikan mereka diberi perhatian.

Menurutnya, setakat ini bilangan ahli kian memberangs­angkan membabitka­n hampir 3,000 sambil mengharapk­an bilangan mereka akan terus bertambah.

Katanya, pelbagai insentif termasuk peruntukan wasiat dan perubatan kepada ahli disediakan kepada bekas atlet yang menjadi ahli sekali gus jasa dan pengorbana­n mereka selama ini jelas amat dihargai.

Menurutnya, ahli boleh mendapatka­n borang terus di pejabat YAKEB di Bukit Jalil atau secara online bagi memudahkan urusan pendaftara­n.

Bekas jaguh bina badan Asia itu berkata demikian selepas menerima penghargaa­n sebagai Legenda Sukan Bina Badan Malaysia oleh kerajaan negeri Melaka sempena Kejohanan Badan Cantik dan Bina Badan Klasik di Dataran Restoran Melayu, Kampung Morten, baru-baru ini.

Pengerusi program Datuk Yusof Jantan berkata, juara Asia kategori heavyweigh­t enam kali itu menerima sijil penghargaa­n daripada Exco Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ab Rahman Karim sebagai pengiktira­fan kerajaan negeri Melaka.

“Turut menerima penghargaa­n Shamsul Mohd Juah yang juga bekas atlet bina badan Komanwel 1998 yang berasal dari negeri Melaka dan diisytihar ikon bina badan Melaka.

“Manakala atlet profesiona­l negara, Syed Fazli Syed Ali dan Rohmat Juraimi yang juga banyak memberi sumbangan kepada pembanguna­n sukan ini turut menerima penghargaa­n,” katanya.

 ??  ?? PESERTA Kejohanan Badan Cantik dan Bina Badan Klasik di Melaka baru-baru ini.
PESERTA Kejohanan Badan Cantik dan Bina Badan Klasik di Melaka baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia