Harian Metro

48 sekolah rentap

- Mohd Badlishah Mohd Ali badlishah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sebanyak 48 buah sekolah rendah dan menengah sekitar Lembah Klang menyertai Karnival Bowling Remaja Perpaduan Berpasukan SportsUnit­e-Milo kedua sempena sambutan Hari Kebangsaan di Sunway Mega Lanes, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Program tahunan itu anjuran Kelab Sukan SportsUnit­e dengan kerjasama Sunway

Mega Lanes bertemakan ‘Perpaduan Melalui Sukan.’ Bagi menghayati semangat merdeka, sebelum pertanding­an bermula semua peserta menyanyika­n lagu Negaraku dan mengibar Jalur Gemilang.

Format pertanding­an setiap pasukan diwakili empat pemain iaitu tiga murid dan seorang guru atau ibu bapa. Penganjur mengenakan syarat utama iaitu setiap pasukan wajib mendaftar dua pemain dari kaum berlainan. Lapan pasukan terbaik menerima hadiah piala, pingat serta barangan tajaan MILO.

Menariknya tiada yuran penyertaan dan setiap pemain menerima sijil serta baju-T Milo secara percuma.

“Kami sungguh gembira

dengan sambutan luar biasa ini dan akan meneruskan sokongan acara yang sungguh bererti ini pada masa depan. Semangat patriotism­e dan perpaduan yang dipamerkan semua pemain amat dibanggaka­n,” kata Pengurus Pemasaran Sukan Nestle Malaysia, Ng Ping Loong.

Kategori sekolah rendah, SK Sunway 2 yang diwakili Muhammad Adil Hakim, Nurul Alyaa Mohd Fauzi dan N Paveen muncul juara dengan melakukan 1,032 jatuhan pin diikuti SK Bandar Sunway 10 diwakili Shahrul Amri, Muhammad Izwan Norazmi dan Gurdeep Singh melakukan 925 jatuhan pin.

SK Bandar Sunway 12 diwakili Muhamad Farhan, Afiq Sanial dan Karamvir Singh meraih tempat ketiga dengan 923 jatuhan pin.

Asia Pacific Smart School diwakili Alya Fadhila Ahmad Ikmal, Edmund Tam dan Daniel Ross muncul juara kategori sekolah menengah dengan melakukan 2,063 jatuhan pin manakala naib juara milik Sekolah Menengah Kajang (Nabil Ahnaf Adam, Siow Yee Zhe dan Siti Nursyahira­h Mohd Azhar) berjaya melakukan 1,893 jatuhan pin.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta mengibarka­n Jalur Gemilang sebelum pertanding­an bermula.
SEBAHAGIAN peserta mengibarka­n Jalur Gemilang sebelum pertanding­an bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia