Harian Metro

‘Hampiri pencapaian Peng Soon-Liu Ying’

-

„

Kuala Lumpur: “Kami semakin menghampir­i mereka.” Pemain beregu campuran negara Lai Pei Jing tidak berselindu­ng mengenai kemampuann­ya berbanding pasangan utama, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Menurut Pei Jing, dia dan Tan Kian Meng sebenarnya semakin menghampir­i prestasi Peng Soon-Liu Ying selepas mempamerka­n prestasi mantap sepanjang tahun ini termasuk berjaya muncul naib juara Masters Indonesia kelmarin.

“Kami semakin hampir (mengejar Peng Soon-Liu Ying) namun masih ada perbezaan lagi. Ini kerana prestasi mereka berlandask­an 10 pasangan terbaik dunia. Mereka adalah pasangan bertaraf dunia,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Kian Meng-Pei Jing berjaya meraih gelaran naib juara pada Masters Indonesia apabila tumpas kepada pasangan tuan rumah yang juga pilihan kedua kejohanan, Ronald Alexander-Melati Daeva Oktavianti 16-21, 17-21.

Bagaimanap­un, Pei Jing mengakui mereka tidak akan sampai ke tahap sekarang jika tidak berusaha keras sepanjang latihan setiap minggu.

“Semua yang kami capai kini adalah kerana usaha keras dalam latihan. Setiap hari kami berlatih gigih dan sentiasa fokus mengenai apa yang akan kami baiki atau hajati.

“Saya selalunya akan sentiasa memperbaik­i segala kelemahan ketika dalam latihan,” kata pemain dari Kuantan itu.

Pei Jing tidak dapat menyembuny­ikan kekecewaan tumpas kelmarin, namun selepas ditenangka­n oleh jurulatih, Pang Cheh Chang dia yakin akan kembali bangkit menjelang Terbuka Thailand bulan depan.

 ?? Wong Tat Meng ?? Saya tidak risau mengenai corak pertahanan­nya tapi cara melakukan serangan harus ditingkatk­an” JIN Wei tewas kepada Busanan pada final Masters Indonesia.
Wong Tat Meng Saya tidak risau mengenai corak pertahanan­nya tapi cara melakukan serangan harus ditingkatk­an” JIN Wei tewas kepada Busanan pada final Masters Indonesia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia