Harian Metro

Cabaran sukar Hasihin bermula

-

Kuala Lumpur: Selepas melalui pusingan penentuan ranking Sabtu lalu dalam acara recurve individu lelaki kelas W2, cabaran sebenar akan bermula buat pemanah negara, Hasihin Sanawi dalam usaha untuk mempertaha­nkan pingat perak Sukan Paralimpik yang diraih empat tahun lalu di London.

Hasihin, 33, yang meraih kedudukan ke-25 Sabtu lalu akan berdepan wakil Poland, Piotr Sawicki (ranking kelapan) pada pusingan pertama di Sambodromo, hari ini.

Bagaimanap­un, pemanah kelahiran Selangor itu bukan hanya perlu memikirkan cabaran dari Sawicki namun perlu menyesuaik­an diri segera dengan keadaan angin tidak menentu di gelanggang pertanding­an.

Sebelum ini, Hasihin pernah mengakui keadaan angin di waktu pagi tidak memberi masalah buatnya namun ia akan bertiup kencang di sebelah petang sehingga mampu menerbangk­an payung di sekitar gelanggang.

“Peluang untuk sesiapa saja muncul juara amat terbuka dalam acara ini, cuma siapa yang lebih bersedia mampu membawa pulang pingat,” katanya yang tumpas kepada Oscar De Pellegrin dari Itali empat tahun lalu di London pada saingan final.

Jika Hasihin berjaya memenangi perlawanan hari ini, menantinya di pusingan kedua ialah pemenang di antara Kim Min Su (Korea Selatan) dan Amarbayasg­alan Ankhbayar (Mongolia).

Hasihin meraih tiket ke Rio atas tiket bipartite, iaitu kelayakan berdasarka­n ranking dan pencapaian atlet di peringkat antarabang­sa Julai lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia