Harian Metro

SEDIA BERDEPAN CABARAN BERUMAH TANGGA

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Selamat diijabkabu­lkan pada Jumaat lalu, pasangan Aliff Aziz dan Bella

Astilah yang ditemui pada majlis resepsi mereka di Setia Alam mengakui sudah bersedia dari segi mental untuk berdepan cabaran hidup sebagai suami

isteri. Menurut Aliff, 25, yang popular menerusi lagu Sayang Sayang, jika tidak bersedia, tidak mungkin dia dan isteri meneruskan hubungan mereka

sehingga ke jenjang pelamin. “Alhamdulil­lah, saya bersyukur kerana semuanya berjalan lancar. Saya sendiri tidak pernah menyangka akan bergelar suami kepada Bella. “Mengenai persediaan untuk melayari bahtera kehidupan suami isteri, bagi saya tidak akan ada orang yang akan memberi jawapan sudah

bersedia 100 peratus. “Namun, tidak bermaksud saya

tidak bersedia langsung. “Jika tidak bersedia, tidak mungkin Tuhan izinkan kami diijab kabul dan melangkah sehingga ke fasa ini,”

katanya.

Bakat seninya digilap menerusi program realiti Akademi Fantasia musim kelima dan sejak itu Heliza Helmi, 30, serius merencana

kerjayanya. Bagaimanap­un, apa yang dirancang tidak semestinya berjalan lancar. Ada satu ketika, nama Heliza sepi seketika dan seakan-akan tiada hala tuju. Namun, pembabitan Heliza dalam Persatuan Usrah Fitrah Malaysia (Usrah Fitrah) pada 2011 memberi ruang kepadanya bergerak lebih aktif dengan aktiviti dakwah, ceramah dan motivasi.

Sering menghadiri majlis kerohanian dan menjayakan program kemasyarak­atan, dia kembali mengumpul pengikut

yang ramai. Kini dia hadir dengan album baru selepas tiga tahun sibuk dengan aktiviti kemasyarak­atan bukan sahaja dalam negara bahkan terbang jauh ke Gaza dan

Syria.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia