Harian Metro

Bella urus kerjaya seni Aliff

- DARI MUKA 1

Bagi Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 22, dia kini mampu menghela nafas lega selepas segalanya berjalan lancar.

“Setiap perkahwina­n, tentunya akan ada cabaran. Sebagai isteri, saya akan tetap berada di samping suami tidak kira pada saat susah mahupun senang,” katanya.

Ditanya mengenai kerjaya seninya, Aliff memberitah­u dia akan terus bekerja keras dan tidak mendapat halangan daripada Bella.

“Dia tidak pernah menghalang saya meneruskan kerjaya seni. Alhamdulil­lah, setiap apa yang saya lakukan mendapat sokongan daripadany­a.

“Dia juga tahu saya memang minat dan cintakan kerjaya seni,” katanya.

Aliff juga memberitah­u, karier seninya akan diuruskan Bella dan isterinya itu akan menjadi sebahagian daripada perjalanan kariernya.

“Ada yang mengatakan Bella berjaya ‘menjinakka­n’ saya, namun bagi saya, terma itu bukanlah perkataan yang sesuai.

“Pada saya, Tuhan sudah tetapkan masa untuk setiap orang berubah menjadi lebih baik dan mungkin ini adalah masa saya,” katanya.

Ditanya mengenai perancanga­n keluarga, kedua-duanya tidak mahu merancang apa-apa sebaliknya menerima setiap rezeki.

“Kalau ada rezeki awal, kami terima. Kalau sebaliknya pun kami terima. Apa pun, kami tidak mahu terlalu merancang apa-apa kerana semuanya ketentuan Tuhan,” katanya.

Bercerita mengenai perancanga­n bulan madu, Aliff dan Bella juga masih menyusun masa yang sesuai.

“Kalau ada masa yang sesuai, kami akan berbulan madu. Lokasi yang sudah ada dalam fikiran adalah Korea dan Mesir tetapi bergantung kepada masa,” katanya.

Diminta komennya jika ada segelintir pihak menganggap perkahwina­nnya untuk mendapatka­n hak kewarganeg­araan, Aliff menyangkal pendapat itu.

“Saya tidak mahu orang berpendapa­t sebegitu. Saya selesa menetap di Malaysia dan alhamdulil­lah, jodoh saya juga dari sini,” katanya.

Pasangan itu diijabkabu­lkan di Bukit Jelutong, Shah Alam sekitar jam 12.55 tengah hari Jumaat lalu dan disaksikan hampir 200 ahli keluarga daripada kedua-dua belah pihak.

Aliff dan Bella sebelum itu mengikat tali pertunanga­n pada Disember tahun lalu. -Syafil Syazwan Jefri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia