Harian Metro

Masing-masing ada kekasih

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Niena akui rapat dengan Raja Afiq tapi sekadar rakan sekerja

Drama bersiri popular Sayangku Kapten Mukhriz yang melabuhkan tirainya baru-baru ini antara catatan terindah buat pelakon Niena Baharun selepas berjaya membawakan karakter Dr Ariana Dahlia dengan berkesan.

Malah, sejak drama itu bersiaran ramai mahu percintaan dengan heronya, Raja Afiq berpanjang­an ke dunia realiti.

Pelakon berusia 23 tahun itu bagaimanap­un menegaskan hubungan itu sekadar dalam kisah Sayangku Kapten Mukhriz. Di luar set penggambar­an, hubungan mereka tidak lebih daripada rakan sekerja.

Menurut anak jati Kota Bharu, Kelantan ini dia sedia maklum Afiq sudah ada kekasih yang juga pelakon sepertinya.

“Hubungan kami memang rapat tetapi tidak lebih daripada kawan.

“Lagipun, saya sendiri sudah ada teman istimewa tetapi belum bersedia berkongsi dengan peminat,” kata Niena.

Bukan tidak mahu mendedahka­n identiti jejaka yang bertakhta di hatinya tetapi menurut Niena buat masa ini cukuplah sekadar orang tahu hatinya sudah dimiliki.

“Dia memahami kerja saya. Kami jarang berjumpa kerana masing-masing terikat dengan komitmen kerja.

“Ahli keluarga pun sudah tahu hubungan kami. Selebihnya, biarlah saya simpan dulu,” katanya.

Biarpun dia dan Raja Afiq dilihat sebagai pasangan sepadan, perkara itu tidak pernah dipandang serius.

Bagi Niena, sepanjang berganding­an dengan jejaka tinggi lampai itu dia berasa cukup senang dan selesa.

“Saya seronok bekerja dengan Afiq. Dia banyak bantu saya. Jika ada kesilapan, dia akan tegur begitu juga sebaliknya.

“Sepanjang berada di lokasi penggambar­an, dia layan orang sekeling dengan baik,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Niena kini berjinakji­nak dengan bidang pengacaraa­n.

“Jika tiada aral melintang, saya bakal mengacara sebuah program dokumentar­i,” katanya yang baru selesai penggambar­an telefilem Manja.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia