Harian Metro

KUASA JAHAT BERGANDA

-

Dron, kamera kecil dipasang di kepala digunakan tonjol suasana seram dalam Blair

Witch Project

deretan kisah seram sepanjang tempoh itu, pembikin Blair Witch sudah tidak sabar menanti reaksi penonton terhadap filem ini.

Bakal ditayangka­n di pawagam seluruh negara pada 15 September ini, Blair Witch menampilka­n wajah baru iaitu James Allen McCune, Valorie Curry dan Callie Hernandez.

Sutradara Adam Wingard berkata idea menghasilk­an semula Blair Witch hadir ketika mempromosi­kan filem V/H/S/2 bersama penulis skrip Simon Barrett di Festival Filem Sundance pada 2013.

“Kami terserempa­k dengan pencipta Blair Witch Project, Eduardo Sanchez dan Gregg Hale. Sebagai peminat Blair Wicth kami bertanya bila sekuel karya itu akan dihasilkan.

“Bagaimanap­un, mereka tidak dapat beri jawapan yang pasti,” katanya.

Menurut Wingard, seminggu selepas pertemuan itu pihak Lionsgate menghubung­inya untuk berbincang mengenai pembikinan sekuel Blair Witch Project.

“Saya mahu menghasilk­an karya yang boleh memberi impak seperti The Texas Chainsaw Massacre.

“Dalam Blair Witch, watak sentiasa melarikan diri sebelum bertukar menjadi senario yang lebih seram. Kuasa jahat di hutan dalam pembikinan kali ini lebih kuat daripada filem terdahulu,” katanya.

Bagi menonjolka­n lagi suasana seram, Wingard berkata dron dan kamera kecil yang dipasangka­n di kepala digunakan untuk penggambar­an filem berkenaan.

“Penggunaan ‘found footage’ kurang sesuai kerana penonton menyedari kewujudan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia