Harian Metro

Melihat Jepun menerusi JFF

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Papar minda rakyat negara matahari terbit kepada penduduk negara ini

Penganjura­n Festival Filem Jepun (JFF) 2016 kembali lagi untuk tahun ke-13 menghangat­kan pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) dengan 13 karya hebat dari negara matahari terbit itu.

Memulakan tayangan sejak 8 September lalu, filem yang menjadi pertaruhan JFF tahun ini adalah After The Storm, An, Bakuman, The Boy and the Beast, Creepy, Chihayafur­u Part 1 dan Chihayafur­u Part 2.

Enam lagi filem yang turut menyerikan pesta ini adalah Desperate Sunflowers, Flying Colors, The Magnificen­t Nine, The Mohican Comes Home, My Love Story! dan What a Wonderful Family!.

Menurut Duta Besar Jepun di Malaysia Dr Makio Miyagawa, edisi ke-13 JFF tahun ini memaparkan pelbagai aspek dan landskap kebudayaan Jepun meliputi pelbagai tema serta genre.

“Filem Jepun dianggap antara yang tertua dalam industri filem dunia dan saya berharap menerusi karya ini ia akan terus memaparkan minda dan jiwa kebudayaan rakyat Jepun kepada penduduk negara ini,” katanya pada majlis perasmian festival berkenaan baru-baru ini.

Turut hadir ialah pemenang tiga kali Hadiah Akademi Jepun, Kiki Kirin, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan FIlem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Kamil Othman dan Pengarah JFF Koichi Horikawa.

Filem JFF 2016 hanya ditayangka­n di empat pawagam GSC terpilih iaitu di Mid Valley, 1 Utama, Pavilion Kuala Lumpur dan Nu Sentral. Tayangan bermula pada 8 sehingga 14 September (esok).

Manaka peminat di Pulau Pinang boleh menyaksika­n filem JFF di GSC Gurney Plaza mulai 15 hingga 18 September, Kuching ( 22 hingga 25 September) dan Sabah (29 hingga 2 Oktober).

Maklumat lanjut mengenai JFF 2016 boleh layari laman web www. jfkl.org.my dan www. gsc.com.my

 ??  ??
 ??  ?? DR Makio (empat dari kiri) pada majlis perasmian JFF 2016.
DR Makio (empat dari kiri) pada majlis perasmian JFF 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia