Harian Metro

ARTIS JELAJAH NEGERI KELAHIRAN

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Taste Selebriti kongsi menu istimewa 13 personalit­i tempatan

Program bercorak travelog makanan lazimnya kian diminati ramai. Justeru, tidak hairanlah semakin banyak stesen televisyen mengetenga­hkan program sebegini.

Terbaru, Taste Selebriti bakal menemui penonton di saluaran Astro Bella dan Mustika HD bermula 26 April ini.

Program 13 episod ini menampilka­n 13 selebriti berkongsi menu istimewa negeri kelahiran masingmasi­ng.

Mereka yang terbabit ialah Neelofa mewakili Kelantan, Kamal Adli (Pahang), Ayu Raudhah (Kedah), Izreen Azminda (Perlis), Syatilla Melvin (Pulau Pinang), Zizan Razak (Terengganu), Mawi (Johor), Aril (Melaka), Sari Yanti (Negeri Sembilan), Fattah Amin (Selangor), Marsha Milan Londoh (Sabah), Hafiz Suip (Sarawak) dan Raja Ilya (Perak).

Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata, program ini tiada pengacara sebaliknya menampilka­n selebriti itu sendiri membawa penonton menjelajah negeri kelahiran mereka mencari menu makanan menarik dan unik.

“Program ini menampilka­n tiga segmen iaitu Makanan Kegemaran Artis, Makanan Unik dan Makanan Popular.

“Mungkin ada menu yang disediakan belum pernah dirasai selebriti itu sendiri,” katanya di majlis pelancaran program berkenaan.

Sementara itu, Marsha berkata, program ini membuka peluang kepada artis pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Saya jarang balik kampung dan program ini membolehka­n saya bertemu keluarga di Sabah.

“Penonton juga boleh melihat beberapa menu dari Sabah yang jarang diketengah­kan kepada khalayak menerusi program ini.

“Jika mahu tahu apakah menu itu jangan lupa saksikan program ini,” katanya.

Bagi Aril pula, walaupun Melaka mewah dengan juadah enak masih ada yang belum pernah dicubanya seperti Asam Pedas Tetel di Claypot Nyonya.

Begitu juga dengan Hafiz, meskipun ulat hidup antara makanan tradisi Sarawak, dia tidak sesekali akan menjamahny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia