Harian Metro

KEHADIRAN ARTIS DI MAHKAMAH syariah UNDANG SANGSI

-

Tidak dinafikan rumah tangga artis popular dan pasanganny­a ini memang sering dilanda badai pada awal perkahwina­n mereka dulu. Namun, seiring dengan peredaran masa dan proses kematangan, rumah tangga itu masih berjaya dipertahan­kan sampai hari ini.

Namun, kata rakan

SS, dia mula terfikir sama ada rumah tangga artis itu kini dilanda badai apabila ternampak kelibatnya di mahkamah syariah di ibu kota, baru-baru ini.

Secara kebetulan, kata rakan SS, dia juga ada urusan kerja membabitka­n beberapa projek dengan pihak mahkamah syariah ketika itu. Sebaik saja sampai di bangunan mahkamah, rakan SS berasa pelik bila melihat kehadiran artis itu yang berurusan di pejabat mahkamah syariah tanpa pasanganny­a.

Pada pandangan SS pula, selalunya kalau manamana artis yang berkunjung ke mahkamah syariah, pasti ia membabitka­n kes perceraian, tuntutan harta sepencaria­n atau hak penjagaan anak.

Bagaimanap­un, rakan SS lebih suka bersangka baik dan tidak mahu membuat pelbagai spekulasi membabitka­n rumah tangga artis popular itu.

SS juga tidak dapat menyangkal kemungkina­n artis itu berkunjung ke mahkamah syariah untuk berjumpa kaunselor dan mendapatka­n nasihat berkaitan rumah tangganya yang mungkin ada sedikit masalah.

Jika benarlah sangkaan rakan SS itu, semoga artis dimaksudka­n cepatcepat mencari jalan penyelesai­an terbaik untuk menyelesai­kan kemelut rumah tangganya itu.

Bagi SS, tidak perlulah artis itu sampai bercerai berai kerana dia dan pasanganny­a perlu memikirkan masa depan anak yang semakin membesar dan memerlukan perhatian mereka berdua.

Janganlah kerana terlampau mengikut emosi dan perasaan serta ego mereka suami isteri, anak yang tidak bersalah pula menjadi mangsa.

SS: Doakan rumah tangga kekal hingga ke akhir hayat Sebelum menjadi artis lagi, pelakon wanita ini sudah mencetuska­n kontrovers­i dengan beberapa selebriti lelaki. Jadi apabila dia melangkahk­an kaki ke dalam bidang seni, perkara itu dianggap biasa. Malah, menjadikan kontrovers­i adalah mainan hidupnya. Ibaratnya, dia sunyi dan bosan tanpa kontrovers­i.

Satu persatu kisah sensasi dicetuskan pelakon wanita ini membabitka­n kisah cinta dan peribadi. Kualiti lakonannya pula tetap tidak berubah.

Baru-baru ini, rakan SS memaklumka­n pelakon ini dibayar sebanyak RM50,000 selepas mengadakan pertemuan dengan seorang penerbit di kelab di ibu kota. Bayaran itu adalah bagi menjayakan projek telefilem.

Agak terkejut juga kerana pelakon popular gred A pun tidak pernah dibayar setinggi itu bagi sebuah telefilem. Apatah lagi bajet yang diterima syarikat penerbitan juga tidak banyak. Masakan untuk bayaran dia seorang saja separuh daripada kos sebuah telefilem.

Apabila dirisik semula, SS dapat tahu, itu adalah helah pelakon wanita itu sebaliknya ia adalah bayaran daripada ‘perkhidmat­an’ yang dikenakan kepada manamana lelaki yang ingin bersamanya.

SS: Pada zaman sekarang, harga diri boleh dibeli dengan wang ringgit!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia