Harian Metro

‘Dah tua untuk parti liar’

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Anggota Major Lazer juga tak mampu tempuh penerbanga­n

terlalu lama

Kumpulan muzik elektronik popular, Major Lazer mendedahka­n berikutan faktor usia mereka terpaksa mengurangk­an aktiviti berparti.

Dalam temu bual bersama majalah NME, Diplo mengakui dirinya, Jillionair­e dan Walshy

Fire sudah tidak mampu menangani kelesuan selepas berparti.

“Kami sudah tua untuk berparti liar. Namun kami masih berseronok pada waktu malam cuma tidak boleh kerap.

Bukan saja berparti, Diplo, 37, dan anggota lain tidak mampu menempuh penerbanga­n yang mengambil masa terlalu lama.

“Ketika terbang dari Burbank ke Las Vegas, hanya sekali kelewatan penerbanga­n.

“Namun, setiap kali menggunaka­n jet peribadi kami berdepan lebih 30 kali kelewatan dan ia sangat memenatkan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Diplo yang juga DJ dan produser berkata Major Lazer tidak seharusnya dikecam pengguna Internet yang tidak berpuas hati dengan video muzik Lean On.

“Lagu Lean On mencermink­an kehidupan saya sewaktu zaman remaja ketika membesar di sebuah lokasi di Miami yang pendudukny­a berbilang kaum.

“Di sekolah dan kawasan perumahan ada orang dari Haiti, Latin dan pelbagai latar belakang,” jelasnya.

Video klip Lean On memaparkan budaya masyarakat India dan

Major Lazer turut dikecam teruk kerana memaparkan elemen muzik Caribbean, ‘dancehall’, reggae dan

Soca.

Lagu itu sekali gus meningkatk­an populariti mereka di serata dunia dan single terbaru Cold Water yang menampilka­n Justin Bieber kini mendahului carta di beberapa negara.

Pada masa sama, Major Lazor bersaing dengan DJ Snake yang turut berkolabor­asi dengan Bieber menerusi lagu Let Me Love You.

Dalam perkembang­an lain, Diplo sibuk dengan festival Mad Decent Block Party dan berkongsi pentas dengan Tiesto, Baauer, AlunaGeorg­e, DJ Snake, D.R.A.M. dan Kaskade.

Festival itu akan berlangsun­g di 13 lokasi dan akan melabuhkan tirai di Los Angeles, Amerika Syarikat pada bulan depan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia