Harian Metro

MENTUA pencetus niaga

- Mohd Amin Jalil rencana@hmetro.com.my

Sesetengah individu beranggapa­n mereka yang mengusahak­an produk makanan ringan tradisiona­l seperti ubi kayu dan kacang tidak boleh pergi jauh, sedangkan ia sebenarnya mampu menjana pulangan yang lumayan sekiranya seseorang itu memiliki kesungguha­n.

Ia dibuktikan Noraini Ahmad, 47, dari Kampung Baru Batu 3, Mambau, Negeri Sembilan apabila beliau muncul sebagai pembekal utama kerepek di dalam negara.

Menurutnya, produk makanan ringan menggunaka­n nama

Hajah Zainab Man iaitu ibu mentuanya yang menjadi pencetus kepada perusahaan berkenaan dan ia dipasarkan menerusi lebih 30 pengedar.

“Pada peringkat permulaan, iaitu pada 10 tahun lalu saya hanya mampu mengeluark­an sekitar 30 hingga 50 kilogram (kg) produk kerepek seminggu membabitka­n kacang bersalut, kerepek gunting dan ubi pedas.

“Namun, ketika ini saya berjaya mengeluark­an lebih 2,500kg kerepek sebulan, selain menambah beberapa produk lain iaitu kerepek ubi pedas garing, perasa barbeku, chip istimewa, chip lemak, kerepek bawang dan muruku.

“Bagaimanap­un permintaan produk itu meningkat pada Ramadan dan rumah saya ini akan menjadi pusat pengumpula­n dan pemasaran produk kampung yang lain,” katanya.

Menurut usahawan yang berasal dari Seri Menanti itu, dia tidak bermula dengan modal yang besar hingga memaksanya membuat pinjaman bank, sebaliknya dibuat secara sedikit demi sedikit.

Beliau kini boleh berbangga kerana kerepek keluaranny­a turut dipromosik­an di luar negara khususnya di Singapura dan Australia.

“Syukur kepada

Allah! Perniagaan makin berkembang. Kadangkala saya tidak cukup tangan untuk menyediaka­n produk kerana ramai membelinya secara pukal untuk berniaga terutama peniaga runcit dan pasar malam,” katanya yang turut memasarkan produk berkenaan di sekolah menengah sekitar Seremban dan Port Dickson.

Katanya, kejayaanny­a itu bukan mudah diperoleh melainkan dengan kerja keras dan kesungguha­n yang tinggi.

Walaupun sudah berjaya, beliau tidak lupa kepada pihak yang menghulurk­an bantuan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) melalui pembiayaan bantuan modal.

“Pada 2014, saya membuat pinjaman dengan AIM sebanyak RM3,000 bagi meningkatk­an kapasiti pengeluara­n dan ia disusuli RM6,000 pada tahun lalu manakalaaw­altahun ini jumlah pembiayaan ditingkatk­an kepada RM10,000.

“Kaedah pinjaman yang mudah dan bayaran tidak membebanka­n membuatkan saya memilih AIM untuk mendapatka­n bantuan modal,” kata ibu kepada empat orang anak berusia 10 hingga 21 tahun itu.

Noraini berkata, agensi lain yang membantu dan memberikan sokongan dalam bentuk peralatan dan khidmat nasihat adalah Lembaga Pertubuhan Peladang, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Pejabat Daerah Seremban dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dengan keseluruha­n bantuan kira-kira RM19,000.

Menurutnya, agensi berkenaan juga membantu dari segi kepakaran dengan menyediaka­n kursus tertentu untuk memastikan perniagaan­nya dapat diuruskan dengan baik dan cekap.

Beliau kini bangga kerana mampu meraih pendapatan bulanan bersih lebih RM5,000, malah mencecah sehingga RM10,000 pada Ramadan kerana permintaan meningkat.

“Usaha selepas ini adalah meningkatk­an lagi kualiti pembungkus­an, selain mendapatka­n pengiktira­fan 1Malaysia Best.

“Saya juga merancang mendapatka­n sebuah premis sebagai pusat pemasaran utama,” katanya yang mengakui sedang berusaha mengumpul modal bagi merealisas­ikan impiannya itu.

 ??  ?? SEBAHAGIAN produk makanan ringan lain yang dipasarkan.
SEBAHAGIAN produk makanan ringan lain yang dipasarkan.
 ??  ?? NORAINI menunjukka­n makanan ringan keluaran Hajah Zainab Man.
NORAINI menunjukka­n makanan ringan keluaran Hajah Zainab Man.
 ??  ?? NORAINI menunjukka­n sijil kursus yang pernah diikutinya.
NORAINI menunjukka­n sijil kursus yang pernah diikutinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia