Harian Metro

Penetasan benih lebih efisien

- DARI MUKA 1

Penggunaan­nya cukup kompetitif berikutan permintaan pasaran terhadap benih berkualiti dengan harga murah begitu tinggi.

Kini, pembekal gagal memenuhi kehendak pasaran dan ia menjadi semakin meruncing. Mereka hanya mengumpulk­an benih yang dikutip dari kolam ternakan setiap pagi. Kaedah tradisiona­l diamalkan pembekal sekarang gagal memenuhi permintaan.

Penawaran benih berharga murah, saiz yang bersesuaia­n mengikut sistem ternakan serta penghantar­an berjadual mengikut permintaan menjadi penanda aras kepada peningkata­n pengeluara­n ternakan ikan air tawar negara.

Antara spesies yang mendapat permintaan tinggi untuk pasaran dalam dan luar negara ialah tilapia merah, gift atau hitam. Ini berikutan spesies berkenaan dikatakan amat sesuai untuk ternakan dalam kolam, sangkar, kandang, tangki simen dan bekas lombong.

Penggunaan sistem inkubator untuk pengeraman dan penetasan benih ikan tilapia adalah lebih baik serta efisien. Malah, bekalan benih boleh dilakukan secara berjadual mengikut permintaan pelanggan.

Bagi menjamin benih berkualiti, pilihan induk matang perlu dilakukan dengan teliti. Induk terbaik ialah yang mencapai berat 150 hingga 500 gram. Namun, yang paling produktif ialah antara 150 hingga 300 gram berat induk.

Kaedah itu amat sesuai untuk menghasilk­an benih tilapia. Ini berikutan induk spesies berkenaan mengeram telurnya di dalam mulut.

Induk terpilih diasingkan antara jantan dan betina selama 10 hingga 14 hari. Ia bertujuan merangsang pembiakan berlaku dengan sempurna. Nisbah pasangan paling baik ialah 1:3 atau seekor induk jantan dipasangka­n dengan tiga betina.

Selepas itu, pasangan berkenaan dibiarkan bersama selama 12 hingga 14 hari di kolam pembiakan. Dalam tempoh itu, proses

Induk terpilih diasingkan antara jantan

dan betina selama 10 hingga 14 hari

 ??  ?? KERJA menangkap ikan induk matang.
KERJA menangkap ikan induk matang.
 ??  ?? KAKITANGAN menunjukka­n ikan tilapia
induk jantan (kiri) dan betina (kanan).
KAKITANGAN menunjukka­n ikan tilapia induk jantan (kiri) dan betina (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia