Harian Metro

SI RATU PENENTU KOLONI

-

Dua serangga perosak utama yang mendapat perhatian umum ketika ini adalah Hermetia illucens (BSF) dan kumbang pollen Haptoncus luteolus.

Kumbang pollen lebih berbahaya berbanding BSF dan ia biasanya bertelur pada kantung bee bread /pollen dalam sarang sekiranya koloni lemah dan seterusnya merebak di dalam koloni.

Serangan kumbang pollen ini akan mengakibat­kan kantung pollen pecah dan kekurangan penjagaan pekerja kelulut mengakibat­kan kantung madu pecah dan bercampur dengan pollen akan mengeluark­an bau masam yang menarik BSF.

BSF hanya mengambil peluang akibat kelemahan koloni selepas diserang kumbang pollen.

Dalam erti kata lain,

BSF bersifat oportunis dalam situasi koloni lemah. Tambahan kaedah kawalan BSF ialah memastikan pollen kurang di dalam sarang kerana pollen adalah tempat kumbang Haptoncus bertelur dan memastikan tahap kesihatan ratu di dalam sarang dalam keadaan baik.

Perlu difahami dalam keadaan biasa semua serangga yang dilaporkan sebagai perosak koloni kelulut hadir secara semula jadi.

Kumbang pollen dewasa memang selalu dilihat di luar kotak koloni kerana ia juga adalah kumbang biasa ditemui pada buah yang membusuk.

Sekiranya koloni kuat, ia boleh mempertaha­nkan koloni tanpa sebarang masalah. Begitu juga lalat

BSF. Ia hadir semula jadi dan dieksploit­asi untuk menghasilk­an makanan haiwan ternakan seperti ayam dan ikan.

BSF juga boleh digunakan sebagai serangga pengkompos untuk hasilkan baja kompos.

Mengapa koloni kelulut lemah?

Kelulut adalah serangga yang hidup bermasyara­kat. Ada pelbagai kasta dalam masyarakat kelulut yang mempunyai tugas tersendiri. Namun, semuanya dikawal ratu lebah kelulut.

Koloni kuat bergantung kepada kekuatan lebah ratu. Lebah ratu yang kuat selalunya berusia bawah tiga tahun walaupun ia boleh berfungsi sehingga lima tahun.

Faktor usia dan persekitar­an mempengaru­hi kesihatan lebah ratu. Oleh itu, kekurangan sumber makanan berkualiti untuk jangka masa panjang (pelbagai faktor-cuaca, sumber makanan kurang) mengakibat­kan lebah ratu semakin lemah atau ratu pergi meninggalk­an sarang asal dan mencari tempat baru yang lebih sesuai.

Ketiadaan ratu akan mengakibat­kan koloni lemah dan senang diserang perosak.

Koloni perlu diperiksa selalu untuk menilai prestasi lebah pekerja dan lebah ratu. Prestasi boleh dilihat dari segi kekerapan aktiviti keluar masuk sarang lebah pekerja dan prestasi bertelur setiap hari lebah ratu.

Faktor lain yang perlu diambil kira:

Prosedur operasi standard (SOP) penternaka­n kelulut, pengutipan madu perlu dibangunka­n secara sistematik dan diikuti kepada semua penternak untuk meminimumk­an faktor penyumbang kepada jangkitan perosak.

Suatu kawasan untuk penternaka­n kelulut mengambil kira sumber makanan yang ada. Meletakkan terlalu banyak koloni di satu kawasan akan mendedahka­n koloni kepada persaingan sengit dan kurang sumber makanan.

Kelulut adalah serangga pendebunga yang berfungsi mendebunga­kan pelbagai jenis tanaman. Eksploitas­i berlebihan serangga ini tanpa mengambil kira habitat semula jadi dan perilaku kelulut ditakuti

Serangan peringkat lewat

i. Sekiranya serangan perosak terlalu parah, kaedah sewajarnya bagi membendung adalah dengan memusnahka­n log / koloni yang telah diserang.

ii. Perlu tindakan segera supaya tidak menjejaska­n koloni di sekitar memandangk­an BSF dan kumbang Haptoncus boleh membiak dengan cepat.

Dr Rosliza Jajuli

Timbalan Pengarah / Ketua Program Penyelidik­an Program Penggunaan Sumber Agrobiodiv­ersiti (BE02)

Pusat Penyelidik­an Agrobiodiv­ersiti dan Persekitar­an

MARDI

 ??  ??
 ??  ?? LARVA BSF dalam kotak koloni kelulut.
LARVA BSF dalam kotak koloni kelulut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia