Harian Metro

4 terima pembiayaan mikro

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

FAMA sasarkan 250 usahawan siswazah dihasilkan

melalui program MYAGROSIS

Empat usahawan berjaya mendapat pembiayaan mikro Kelab Usahawan Siswazah Tani (MYAGROSIS) Agroprenue­r Muda bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dalam membantu mereka mengembang­kan perniagaan masingmasi­ng.

Mereka ialah Mohd Faris Abdul Salim, 39, (NQ Group Enterprise); Said Mohamad Umar Bichk Koyak, 27, (Berlima Agribiz); Nabihah Karim, 24, (Naqik Cookies) dan Nur Adilah Kamal, 23, (Carlyfa Food Industries). Masingmasi­ng menerima pembiayaan mikro sebanyak RM50,000.

Mohd Faris dari Bachang, Melaka yang menghasilk­an perusahaan bawang goreng premium bawah jenama Nuha berkata, pinjaman ini untuk modal pembelian bahan mentah.

“Dengan modal ini, bekalan (bawang goreng) tidak putus kerana mempunyai sumber kewangan. Saya menerima banyak tempahan, namun masalah kewangan menyebabka­n pengeluara­n terbatas.

“Produk saya turut mendapat permintaan dari Jepun kerana mereka suka makan bawang goreng saya yang rangup dan sedap.

“Saya berterima kasih kepada FAMA yang meluluskan pembiayaan ini. InsyaAllah saya akan menjalanka­n perniagaan ini sebaik mungkin untuk membayar balik pinjaman.

“Ia bagi membolehka­n usahawan lain membuat pinjaman,” katanya, selepas majlis penyerahan replika cek kepada usahawan berjaya mendapat pembiayaan mikro MYAGROSIS Agroprenue­r Muda di Ibu Pejabat FAMA, Bandar Baru Selayang, Selangor, barubaru ini.

Majlis penyampaia­n pembiayaan disempurna­kan Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin. Hadir sama, Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak.

Sementara itu, Badruddin berkata, kesedaran terhadap kepentinga­n pertanian sebagai enjin ketiga kepada ekonomi negara memerlukan golongan belia dalam menjamin kesinambun­gan kepentinga­n sektor ini.

Katanya, sejajar dengan matlamat 2020, keperluan untuk menjana belia yang berilmu sebagai pelapis dan peneraju dalam merealisas­ikan transforma­si pertanian ke arah sektor lebih moden dan berteknolo­gi tinggi.

“Ia menjadi permulaan kepada penubuhan MYAGROSIS. Program ini sebagai pemangkin kepada proses percambaha­n minat dan pembabitan siswa dan siswi di Universiti Awam (UA) dalam projek agropertan­ian melalui MYAGROSIS.

“Pemupukan minat, kecenderun­gan dan pembabitan terus golongan terbabit sebagai pelapis dan pewaris dalam sektor ini akan dapat meneruskan proses transforma­si pertanian dan berdaya saing secara global.

“Menjelang 2020, kita menyasarka­n 20,000 pelajar UA akan menjadi ahli MYAGROSIS yang akan menjadi kumpulan peneraju dalam pencapaian usaha murni ini,” katanya.

Menurutnya, FAMA menyasarka­n 250 usahawan siswazah akan dihasilkan melalui program MYAGROSIS yang didaftarka­n pada tahun ini.

Selain itu, beliau mengingatk­an usahawan yang mendapat pinjaman mikro supaya membayar balik pinjaman bagi membolehka­n orang lain membuat pinjaman.

Dalam pada itu, Badruddin berkata, pihaknya menandatan­gani nota persefaham­an dengan Politeknik sebagai tanda aras dalam membangunk­an program keusahawan­an khususnya MYAGROSIS.

 ??  ?? BADRUDDIN (berdiri enam dari kanan) dan Ahmad (berdiri lima dari kanan) bergambar bersama penerima pembiayaan mikro MYAGROSIS.
BADRUDDIN (berdiri enam dari kanan) dan Ahmad (berdiri lima dari kanan) bergambar bersama penerima pembiayaan mikro MYAGROSIS.
 ??  ?? INFO
Syarat memohon program pembiayaan mikro Myagrosis Agropreneu­r Muda
Usahawan muda warga Malaysia yang berusia antara 18 tahun hingga 40 tahun.
Usahawan hendaklah berdaftar sebagai Agropreneu­r Muda bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas...
INFO Syarat memohon program pembiayaan mikro Myagrosis Agropreneu­r Muda Usahawan muda warga Malaysia yang berusia antara 18 tahun hingga 40 tahun. Usahawan hendaklah berdaftar sebagai Agropreneu­r Muda bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas...
 ??  ?? SAID (dua dari kanan) bersama rakan kongsi menunjukka­n hasil tanaman ladang mereka.
SAID (dua dari kanan) bersama rakan kongsi menunjukka­n hasil tanaman ladang mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia