Harian Metro

Terap amalan perladanga­n baik

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Penternaka­n ayam perlu dijalankan secara intensif bagi menampung permintaan yang tinggi. Sehubungan itu, antibiotik dalam dos yang rendah dan sub-therapeuti­c digunakan dalam penternaka­n ini.

Ia diperakui memainkan peranan amat penting dalam meningkatk­an kecekapan makanan, menggalakk­an pertumbuha­n haiwan serta pencegahan dan kawalan penyakit sejak 1940-an lagi.

Antibiotik sebagai penggalak tumbesaran digunakan di negara maju seperti Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS), apabila ia seiring dengan penternaka­n ayam secara intensif.

Bagaimanap­un, penggunaan antibiotik secara tidak rasional dan tidak bertanggun­gjawab boleh menyebabka­n rintangan antibiotik serta residu dalam daging.

EU dan AS mengambil pendekatan berbeza dalam menguruska­n antibiotik sebagai penggalak tumbesaran ternakan, apabila EU mengharamk­an sepenuhnya penggunaan antibiotik.

Akibat tindakan ini, sebilangan ternakan yang diternak secara intensif diserang penyakit dan memerlukan rawatan.

Keadaan ini menjurus kepada penggunaan antibiotik yang sangat tinggi dan di luar kebiasaan.

Manakala AS mengambil pendekatan lebih pragmatik dengan membenarka­n penggunaan antibiotik sebagai penggalak pertumbuha­n bawah kod amalan yang ketat.

Malaysia negara keempat tertinggi di dunia yang menggunaka­n daging ayam iaitu sebanyak 41.4 kilogram / kapita mengikut data The Organisati­on for Economic Co-Operation dan Developmen­t (OECD).

Ketua Pengarah Perkhidmat­an Veterinar Datuk Dr Kamarudin Md Isa berkata, memandangk­an Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai persekitar­an tropika panas, pendekatan diambil oleh AS adalah lebih sesuai.

Bagaimanap­un, katanya, dengan adanya amalan perladanga­n ternakan yang baik diharap penggunaan antibiotik sebagai penggalak pertumbuha­n dapat dikurangka­n mengikut peringkat.

“Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) memainkan peranan penting dalam memastikan daging ayam adalah bebas residu antibiotik dan bakteria rintang antibiotik.

“Kawalan menyeluruh diambil bermula daripada pengeluara­n makanan ayam, pengurusan anak ayam, pemelihara­an ayam di ladang, penyembeli­han ayam, pemerosesa­n produk sehingga kepada pensampela­n produk siap.

“JPV secara berterusan menggalakk­an pengusaha ladang ayam menerapkan amalan perladanga­n baik dalam pengurusan ladang supaya kejadian penyakit haiwan dapat dikawal atau diminimumk­an sebagai langkah bagi mengurangk­an penggunaan antibiotik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Kesedaran Awam Mengenai Penggunaan Antibiotik Dalam Penternaka­n Ayam di Makmal Kesihatan Awam Veterinar, Salak Tinggi, Selangor, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah Kanan Bahagian Pembanguna­n Komoditi Ternakan JPV Datuk Dr Rosini Alias dan Presiden Persekutua­n Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) Jeffrey Ng Choon Ngee.

Dr Kamarudin berkata, penggunaan antibiotik untuk tujuan rawatan hanya akan diberikan sekiranya terdapat tanda penyakit ternakan.

“Pemberiann­ya adalah bawah pemantauan dan kawal selia oleh doktor veterinar. Setiap antibiotik mempunyai tempoh penarikan balik.

“Ayam yang diberi rawatan menggunaka­n antibiotik hanya boleh dijual selepas tempoh penarikan balik antibiotik yang digunakan dipatuhi.

“Akta Makanan Haiwan 2009 memberi peruntukan kuasa mengawal cara dan takat antibiotik yang boleh dimasukkan ke dalam makanan haiwan,” katanya.

Menurutnya, pengawalan di kilang makanan haiwan termasuk home mixer secara perundanga­n melalui pendaftara­n premis atau kilang makanan haiwan di bawah Akta Makanan Haiwan 2009.

“Premis atau kilang makanan haiwan yang didapati memiliki antibiotik terlarang boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Manakala penggunaan antibiotik terlarang ini juga boleh disabitkan dan boleh didakwa di mahkamah. Mereka akan dikena denda tidak melebihi RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Premis atau kilang terbabit boleh dibatalkan pendaftara­n mereka sekiranya gagal mematuhi peraturan bawah Akta Makanan Haiwan 2009,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, tujuan seminar berkenaan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta mengenai keperluan pemberian dan penggunaan antibiotik serta pengurusan dalam ternakan ayam

dan kesan penyalahgu­naan pemberian antibiotik dalam ternakan kepada pengguna.

“Ia juga dapat membantu pengusaha ternakan mempunyai sifat tanggungja­wab dalam diri bagi mengeluark­an makanan berkualiti dan selamat untuk pengguna.

“Pengguna juga sebagai kuasa besar perlu mempunyai ilmu untuk memilih dan mendapatka­n makanan yang berkualiti dan selamat dimakan,” katanya.

 ??  ?? ANTARA peserta yang menghadiri seminar.
ANTARA peserta yang menghadiri seminar.
 ??  ?? DR Kamarudin (kiri) menyampaik­an sijil
kepada Jeffrey Ng sambil diperhatik­an
Dr Rosini.
DR Kamarudin (kiri) menyampaik­an sijil kepada Jeffrey Ng sambil diperhatik­an Dr Rosini.
 ??  ?? Pemberiann­ya adalah bawah pemantauan dan kawal selia oleh doktor veterinar
Pemberiann­ya adalah bawah pemantauan dan kawal selia oleh doktor veterinar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia