Harian Metro

KONGSI PENGALAMAN DI RUSSIA

- Nor Hanisah Kamaruzama­n gen.y@hmetro.com.my

Siti Rabiatul Adawiyah terbabit pelbagai aktiviti selain tumpu kepada pengajian

Kali ini penulis berpeluang mendalami pengalaman seorang remaja di Russia yang menduduki tahun akhir dalam bidang perubatan di Russian National Research Medical University, Moscow.

Siti Rabiatul Adawiyah Tajul Ariffin, 24, yang berasal dari Kuala Lumpur berkongsi keterujaan saat pertama kali menjejakka­n kaki ke negara asing itu.

“Pertama kali menjejakka­n kaki ke Russia saya teruja dan seronok kerana perbezaan budaya, makanan dan bahasa amat ketara di sini.

“Kebanyakan rakyat Russia lebih gemar bertutur dalam bahasa mereka berbanding bahasa Inggeris. Huruf atau abjad bahasa

Russia yang unik turut memenuhi setiap papan kenyataan dan penunjuk arah di seluruh kota Moscow.

“Cuaca di sini juga sejuk terutama pada musim sejuk apabila suhu boleh mencecah sehingga -30 darjah Celcius,” katanya.

Ketika ditanya mengapa memilih kursus perubatan, Siti Rabiatul berkata dia meminati bidang itu sejak kecil dan sering bercita-cita menjadi seorang doktor.

“Saya sudah lama menanam impian menjadi doktor sejak di bangku sekolah lagi dan tujuan menyambung pengajian dalam bidang berkenaan supaya dapat merealisas­ikan impian itu.

“Namun berada di Russia, saya perlu banyak berkorban untuk menyesuaik­an diri bukan saja dari segi sistem pembelajar­an yang berbeza malah dari segi kehidupan harian yang membabitka­n perbezaan budaya, agama, cuaca dan pemakanan.

“Segala-galanya saya anggap cabaran dan sepanjang berada di sini saya sudah menimba banyak pengalaman menjadikan saya lebih sabar, kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan pada masa akan datang,” katanya.

Selain menumpukan perhatian kepada pengajian, Siti Rabiatul turut membabitka­n diri dalam beberapa aktiviti lain.

“Saya turut terbabit dalam aktiviti usrah dengan rakan dari universiti yang lain. Selain itu, saya juga menyertai aktiviti anjuran pelajar

Malaysia seperti ‘AZAM Russia’ dan aktiviti kebajikan seperti Charity Day.

“Pada waktu lapang, saya gemar memasak dan membuat kek dan saya juga suka mencuba resipi baru. Apabila memasak saya juga dapat jimatkan perbelanja­an seharian,” katanya.

Antara lokasi menarik yang sering dikunjungi di negara berkenaan adalah Red Square iaitu sebuah tempat terletakny­a beberapa bangunan tarikan pelancong seperti, Lenin‘s Mausoleum, St Basil Cathedral, GUM Shopping Mall dan State Historical Museum.

“Seni bina bangunan di sini amat unik dan cantik membuatkan saya sering terpegun dan teruja untuk datang ke sini sekiranya mempunyai waktu lapang.

“Suasana di Red Square lebih cantik pada waktu malam kerana kawasan berkenaan dipenuhi dengan sistem pencahayaa­n yang menarik,” katanya.

 ??  ?? RABIATUL (depan) bergambar kenangan bersama keluarga ketika mereka datang melawat ianya di Rusia.
PROFIL
Nama: Siti Rabiatul Adawiyah Tajul Ariffin Usia: 24 tahun Pendidikan: Pelajar tahun akhir pengajian perubatan di Russian National Research...
RABIATUL (depan) bergambar kenangan bersama keluarga ketika mereka datang melawat ianya di Rusia. PROFIL Nama: Siti Rabiatul Adawiyah Tajul Ariffin Usia: 24 tahun Pendidikan: Pelajar tahun akhir pengajian perubatan di Russian National Research...
 ??  ?? ANTARA tempat
menarik yang pernah dilawati
Rabiatul
ANTARA tempat menarik yang pernah dilawati Rabiatul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia