Harian Metro

United Buddy Bears simbol toleransi sejagat

- Nor Faizah Mohamed faizah@hmetro.com.my

“Kita perlu lebih mengenali sesama sendiri...ia membuatkan kita lebih memahami antara satu sama lain. Percaya sesama sendiri dan hidup bersama dengan lebih aman.” - Art of Tolerance, United Buddy Bears.

Ringkas saja maksud di sebalik pesanan itu. Ia mengharapk­an persefaham­an sesama manusia agar kehidupan lebih aman dan gembira bersama.

United Buddy Bears, simbol kepada toleransi sejagat, aman dan harmoni berusaha menyebarka­n pesanan bermakna itu dalam kalangan penduduk Malaysia sempena kunjungann­ya ke Georgetown, Pulau Pinang selama dua bulan sehingga 30 Oktober ini.

United Buddy Bears ini terdiri daripada 140 patung beruang setinggi dua meter yang mewakili negara di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. “Staycation? Macam pernah dengar,” ujar teman penulis kala diajak melakukan aktiviti ‘staycation’ di Port Dickson dan Pandan Indah, barubaru ini.

Bagi kalangan urban dan generasi hipster, ‘staycation’ atau ‘stay vacation’ ini mula menjadi kelaziman berikutan faktor kewangan yang terhad, mudah, unik serta hampir dengan kediaman.

‘Staycation’ yang bermaksud percutian di rumah, berhampira­n dengan lokasi kediaman dan percutian dalam negeri ini sebenarnya popular pada lewat 2007 di Amerika Syarikat apabila rakyatnya berdepan krisis ekonomi berpunca daripada harga minyak yang meningkat secara mendadak.

Keadaan itu membuatkan kebanyakan keluarga tidak mampu untuk menghabisk­an cuti musim panas di luar negara seperti kebiasaann­ya lalu memilih lokasi di sekitar kediaman atau kejiranan mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia