Harian Metro

BEBAS DARIPADA RUTIN HARIAN

-

Kini ‘staycation’ kembali hangat susulan perubahan ekonomi dunia, selain idea unik dan menarik yang ditampilka­n pengusaha hotel tempatan dalam mempromosi­kan ‘staycation’ ini.

Meskipun masih samar mengenai ‘staycation’ selepas diberitahu mengenainy­a, si teman tetap menemani kerana ingin tahu apakah yang seronoknya dengan konsep bercuti ‘di belakang rumah’ ini.

Sojourn Guest House di Pandan Indah, Kuala Lumpur menjadi lokasi pertama kerana jaraknya hanya 20 kilometer dari kediaman kami.

Sojourn menjadi perhatian warga kota terutama dalam kalangan wanita muda kerana adanya pakej spa khusus untuk ‘staycation’ ini.

Pengunjung bukan saja dapat bermalam di bilik hotel bertaraf tiga bintang pada harga berpatutan malah disertakan pilihan urutan atau rawatan wajah di Spa Herbaline dalam bangunan yang sama.

Rawatan kombinasi moden dan tradisiona­l diperkenal­kan dalam pakej rawatan spa sebagai salah satu cara beristirah­at secara menyeluruh.

Justeru, sesi urutan batu jed dan rawatan pembersiha­n mendalam pada wajah menjadi pilihan kami berikutan ia pakej paling digemari pengunjung di spa itu.

Pada masa sama, rawatan lilin parafin kaki

Konsep percutian dekat rumah mula jadi trend, aktiviti untuk masa berkualiti bersama keluarga

juga disediakan sebagai nilai tambah sesi rawatan terbabit.

Usai sesi rawatan wajah dan urutan yang melegakan, perut kelaparan pula diraikan dengan hidangan menyihatka­n di Restoran Mama Kim, juga dalam bangunan sama.

Menurut Pengurus Urusan HBL Global Wellness Group Sdn Bhd, CK Low, pakej ‘staycation’ tiga dalam satu yang diperkenal­kan di Sojourn ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan penduduk tempatan.

“Menariknya majoriti pengunjung Sojourn adalah penduduk dari taman perumahan berhampira­n dan sekitar Kuala Lumpur.

“Konsep percutian yang berdekatan dengan rumah ini nampaknya mula menjadi trend dan dilihat sebagai salah satu aktiviti menghabisk­an masa berkualiti bersama keluarga.

“Ia juga tidak memerlukan kos yang tinggi dan tidak memakan masa lama. Biasanya ramai yang mengambil pakej ‘staycation’ satu atau

 ??  ?? PEMANDANGA­N senja Selat Melaka dan Lexis Hibiscus di ruang legar Kids World.
PEMANDANGA­N senja Selat Melaka dan Lexis Hibiscus di ruang legar Kids World.
 ??  ?? WARNA untuk yang berani. PAKEJ ‘staycation’ Sojourn
mendapat sambutan hangat dalam kalangan
penduduk di taman perumahan sekitarnya.
WARNA untuk yang berani. PAKEJ ‘staycation’ Sojourn mendapat sambutan hangat dalam kalangan penduduk di taman perumahan sekitarnya.
 ??  ?? CK Low.
CK Low.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia