Harian Metro

Sokongan untuk atlet OKU

- Nor Faizah Mohamed faizah@hmetro.com.my

THONEH taja MBSA sebagai sebahagian persiapan e Piala Ostrava

2016 di Republik Czech

Kebolehan mereka sama seperti individu lain. Makan, minum, bergerak dan menguruska­n diri semuanya mampu dilakukan sendiri, sama seperti orang lain.

Lebih mengagumka­n mereka juga mampu bersaing di arena sukan antarabang­sa, sama seperti atlet biasa. Jadi mengapa ada sesetengah pihak yang memandang sepi barisan atlet paralimpik ini biarpun majoritiny­a berjaya membawa pulang kejayaan atas nama negara?

Latihan saja tidak memadai tanpa sokongan kewangan dan peralatan sukan yang sesuai untuk atlet kurang upaya (OKU) ini.

Selain perkara asas, mereka juga memerlukan peralatan yang sesuai dengan cabang sukan disertai bagi memastikan penyertaan di pentas antarabang­sa membuahkan hasil.

Atas kesedaran itu, Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn (THONEH) menaja Persatuan Sukan

Buta Malaysia (MBSA) sebagai sebahagian persiapan atletnya ke Piala Ostrava 2016 di Republik Czech, minggu depan.

Dua penembakny­a,

Mejar Azhari Abdullah dan Asisten Superinten­dan (ASP) Amir Abdullah bakal berentap dengan barisan atlet paralimpik antarabang­sa bermula 15 hingga 18 September ini untuk acara air rifle disiplin ‘60 shots standing’.

Dalam usaha menyokong sukan untuk golongan buta, bantuan kewangan THONEH bakal membiayai pakaian sukan atlet, tiket penerbanga­n, bilik penginapan, peralatan sasaran menembak baru yang direka khas dan peluru untuk pertanding­an itu.

Peralatan sasaran untuk atlet OKU ini menepati standard peralatan menembak antarabang­sa yang dilengkapi alat audio elektronik pada pistol.

Alat bantuan ini berfungsi secara mengesan hala sasaran pada pistol lalu memberi maklum balas menerusi bunyi unik yang boleh didengar pada fon kepala yang dipakai penembak.

Dengan adanya alat ini, penembak kategori buta boleh mencapai tahap ketepatan maksimum berbanding penembak normal.

“Selama 30 tahun THONEH membantu masyarakat dengan menyediaka­n keperluan bagi menepati keadaan mereka.

“Hospital ini sejak dulu bekerjasam­a dengan Persatuan Buta Malaysia dan kerjasama itu banyak membantu golongan memerlukan memperkasa­kan diri mereka walaupun tidak dapat melihat seperti biasa.

“Meskipun pelbagai inisiatif dan sokongan yang diberikan, masih banyak perlu dilakukan. Tahun ini kami mengorak langkah baru dengan menyokong sukan membabitka­n atlet buta.

“Kami harap usaha ini dapat menggalakk­an lebih ramai yang hilang penglihata­n dapat menyertai aktiviti sukan yang direka khusus untuk mereka,” kata Pengurus Besar THONEH, Dr Norasidi Salim.

Ini kali pertama Malaysia akan menghantar dua penembak daripada MBSA di kejohanan seumpamany­a.

“Kami bersyukur atas tajaan THONEH ini dan amat menghargai usaha mereka memberi sokongan kepada atlet buta. Untuk pertanding­an itu, kami meletakkan sasaran pencapaian terbaik daripada mereka berdua.

“Kami bangga memperkena­lkan dua penembak yang terpilih untuk Piala Ostrava 2016 ini. Mejar Azhari Abdullah mula aktif dalam sukan menembak pada 1996 dan masih meneruskan minatnya walaupun selepas hilang penglihata­n pada 2009.

“Mejar Azhari seterusnya mewakili Malaysia di Kejohanan Air Rifle Piala Eropah di Slovakia pada 2011.

“ASP Amir Abdullah pula mula menembak pada 2015 dan berjaya menduduki tempat kesembilan dalam pertanding­an pertamanya di Piala Dunia Alpine IBSA yang berlangsun­g di Austria.

“Dua penembak ini bukan saja menjadi inspirasi kepada mereka yang hilang penglihata­n malah diangkat sebagai kebanggaan negara,” ujar Presiden

MBSA merangkap Pengerusi Persekutua­n Sukan Buta Antarabang­sa (Asia), Dr S Radhakrish­nan.

Disiplin ‘60 shots standing’ adalah antara disiplin utama dalam acara menembak, apabila peserta perlu melakukan tembakan dalam posisi berdiri dengan kedua kakinya tegak tanpa sebarang bantuan.

Setiap peserta diberikan 60 tembakan menggunaka­n pistol jenis air rifle dan perlu menembak sasaran pada jaral 10 meter dalam tempoh 105 minit.

 ??  ?? THONEH menaja pakaian sukan atlet, tiket penerbanga­n, bilik penginapan dan peralatan sasaran menembak baru yang disampaika­n Dr Norasidi (kanan) kepada Dr S Radhakrish­nan.
THONEH menaja pakaian sukan atlet, tiket penerbanga­n, bilik penginapan dan peralatan sasaran menembak baru yang disampaika­n Dr Norasidi (kanan) kepada Dr S Radhakrish­nan.
 ??  ?? MEJAR Azhari (dua dari kanan) dan ASP Amir (kanan) bakal menggalas cabaran negara di Piala Ostrava di Republik Czech, minggu depan.
MEJAR Azhari (dua dari kanan) dan ASP Amir (kanan) bakal menggalas cabaran negara di Piala Ostrava di Republik Czech, minggu depan.
 ??  ?? ASP Amir mencuba alat bantuan mengesan sasaran yang ditaja THONEH bagi membantuny­a beraksi di Piala Ostrava minggu depan.
ASP Amir mencuba alat bantuan mengesan sasaran yang ditaja THONEH bagi membantuny­a beraksi di Piala Ostrava minggu depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia