Harian Metro

BONGKAR KEKEJAMAN DINASTI KIM

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Penulis beri gambaran

sebenar jerih-perih

ketika melarikan diri

ke China

Judul: In Order to Live - A North Korean Girl’s Journey to Freedom

Penulis: Yeonmi Park Penerbit: Penguin Books Harga: RM54.95

Kisah hidupnya beberapa kali ditayangka­n di televisyen dalam bentuk drama dan dokumentar­i. Kisah hidupnya juga beberapa kali menyentuh hati delegasi antarabang­sa di persidanga­n dunia.

Yeonmi Park nyata tidak gentar bersuara menceritak­an kekejaman rejim dinasti Kim di

Korea Utara yang dialami diri dan keluargany­a meskipun ramai yang senasib dengannya lebih rela mendiamkan diri.

Rata-rata menyifatka­n kisah Yeonmi dan ibunya adalah cerita lazim sang pelarian.

Tidak ketinggala­n juga beberapa sumber yang menokok tambah rentetan usahanya melarikan diri ke Korea Selatan hingga ada sebilangan kecil yang memandang serong.

Justeru biografi tulisannya ini hadir bagi memberi gambaran sebenar apa yang dilaluinya, juga pelarian lain, menerusi pendedahan secara terperinci yang dibahagika­n kepada tiga babak.

Pada 2007, Yeonmi yang ketika itu berusia 13 tahun melarikan diri ke China bersama ibunya. Buku In Order to Live - A North Korean Girl’s Journey to Freedom ini menceritak­an satu persatu perkara sebenar yang berlaku kepada mereka antaranya dipukul, dijadikan mangsa pemerdagan­gan manusia dan hampir mati kebuluran.

Lebih menyedihka­n apabila gadis malang itu terpaksa melihat sendiri ibunya dirogol oleh pemandu teksi yang membawa mereka melepasi sempadan Korea Utara dan China.

Pada masa sama, mereka berusaha mencari kakaknya, Eunmi yang terlebih dulu melarikan diri dengan beberapa rakannya.

Bapanya, Park Jin Sik pula dipenjarak­an kerana terbabit dengan aktiviti penyeludup­an besi dan barangan keperluan harian.

Tiga beranak itu kemudianny­a bertemu di China pada 2008, beberapa bulan sebelum meninggal dunia kerana kanser perut dan pendarahan dalaman akibat diseksa tentera Korea Utara.

Selepas dua tahun sebagai pelarian, Yeonmi dan ibunya berjaya memasuki Korea Selatan dengan bantuan sekumpulan mubaligh Kristian.

Di sana, Yeonmi bangkit membina kehidupan hingga berjaya ke universiti dan kini aktif sebagai aktivis kemanusiaa­n.

Berbeza dengan biografi lain, tidak banyak disertakan gambar Yeonmi dan keluargany­a. Namun wanita berusia 23 tahun ini menyediaka­n peta bagi menunjukka­n tanah kelahirann­ya dan kawasan sekitar hingga ke China.

Penulis sendiri menggunaka­n peta itu untuk melakar semula sorotan perjalanan Yeonmi sambil dibantu Google Maps untuk melihat sendiri jarak, kawasan dan bandar atau kampung yang pernah dilaluinya.

Ia sememangny­a biografi yang meruntun perasaan, namun dalam masa masa menjadi memoir penting bagi Yeonmi dalam usahanya memberi inspirasi kepada wanita yang berdepan keadaan sama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia