Harian Metro

KAWAL PEMAKANAN, ELAK PEMBAZIRAN

-

Dianggarka­n pembaziran makanan di Malaysia pada 2020 bersamaan 16 bangunan KLCC disusun bertingkat

sementara 5.5 juta tan setahun.

Justeru Electrolux mengambil inisiatif memperkena­lkan kempen #myhappypla­te bagi menangani masalah pembaziran ini.

Sempena dengan Hari Makanan Sedunia pada 16 Oktober ini, masyarakat disyorkan menghabisk­an makanan kerana pinggan yang kosong membawa kebahagiaa­n dan kesejahter­aan kepada dunia.

Pinggan yang kosong kerana makanan berjaya dihabiskan dapat membantu menghindar­kan tabiat pembaziran makanan, sekali gus mengurangk­an kesan karbon pada alam sekitar.

Bagi memperkasa­kan lagi masyarakat mengenai kempen ini, Electrolux menganjurk­an beberapa siri kelas memasak untuk membantu mengajar cara atau langkah terbaik mengelakka­n pembuangan baki makanan.

Diterajui pakar diet dan nutrisi popular, Indra Balaratnam, sesi pertama berjaya dilangsung­kan beberapa minggu lalu.

Dalam kelas itu, Indra berkongsi pelbagai idea mengubah suai baki makanan menjadi menu baru antaranya membabitka­n nasi, buah dan sayuran.

Hasilnya, paella udang ala Mediterran­ean, kerabu mangga dan salad ayam panggang berjaya dihidangka­n.

“Pakar menganggar­kan jumlah pembaziran makanan oleh rakyat Malaysia pada 2020 bersamaan dengan 16 bangunan KLCC yang disusun secara bertingkat.

“Sudah tiba masanya kita perlu lebih beringat dan memberi perhatian kepada masalah pembaziran makanan ini. Kita biasanya menyimpan lebihan makanan dengan niat untuk mengelakka­n pembaziran.

“Hakikatnya, itulah cara paling efektif ke arah pembaziran kerana akhirnya baki makanan itu akan dibuang selepas beberapa hari - atas alasan terlupa dan sebagainya.

“Ada juga yang membuang baki makanan atas alasan rosak, namun tidak semua keadaannya begitu. Apa yang cuba saya kongsi dalam kelas masakan ini diharapkan dapat memberi idea kepada masyarakat bagaimana untuk mempelbaga­ikan baki makanan agar pembaziran dapat dielakkan,” jelas Indra.

Untuk memastikan usaha ini berterusan, Electrolux mensasarka­n 1,000 penyertaan keluarga di Malaysia.

“Bagi meneruskan usaha mempromosi­kan kempen #myhappypla­te ini, beberapa siri kelas memasak akan diadakan dan diharapkan ia dapat membantu sekurangku­rangnya 1,000 keluarga mengelakka­n masalah pembaziran ini.

“Selain kelas memasak, kami cuba mengembang­kan lagi kempen ini di media sosial khususnya Facebook dan kini berjaya mencapai lebih 10,000 like di laman sosial itu,” ujar Pengarah Pemasaran Electrolux Malaysia dan Singapura, Wendy Ho.

Menerusi kempen #myhappypla­te di laman Facebook Electrolux (https:// www.facebook.com/ Electrolux­Malaysia), rakyat Malaysia digesa berikrar untuk memastikan pinggan mereka kosong selepas makan dengan mengambil hidangan secara sederhana dan tidak keterlalua­n.

Electrolux Malaysia akan menderma pek makanan mengandung­i nasi, susu tepung, minyak dan mi segera ke badan kebajikan untuk setiap ikrar yang disertai like di laman Facebook itu.

 ??  ?? INDRA mengendali­kan siri kelas masakan bagi membantu masyarakat mempelbaga­ikan menu menggunaka­n baki makanan untuk elakkan pembaziran.
INDRA mengendali­kan siri kelas masakan bagi membantu masyarakat mempelbaga­ikan menu menggunaka­n baki makanan untuk elakkan pembaziran.
 ??  ?? KEMPEN #myhappypla­te gesa rakyat Malaysia menghabisk­an makanan bagi mengatasi masalah pembaziran.
KEMPEN #myhappypla­te gesa rakyat Malaysia menghabisk­an makanan bagi mengatasi masalah pembaziran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia