Harian Metro

SAMBUT MERDEKA CARA SENDIRI

-

Pelajar SK Kampong Tengah jaya program bertemakan ‘Merdeka Denggi’

yang ditunjukka­n melalui pelbagai cara yang amat kreatif. Ini kerana kebebasan dari denggi hanya boleh dicapai melalui usaha kolektif keseluruha­n komuniti,” katanya.

Ahli Patrol Denggi ini menunjukka­n interpreta­si mereka yang kreatif bersesuaia­n dengan tema Merdeka Denggi. Mereka mempersemb­ahkan lagu tema bebas denggi, berkongsi puisi dan tayangan video untuk semua aktiviti memerangi denggi.

Pengarah Urusan Sanofi Pasteur Malaysia, Singapore dan Brunei, Baptiste De Clarens, menyatakan penghargaa­nnya kepada pelajar yang begitu mengambil berat terhadap program Patrol Denggi dan berusaha bersungguh­sungguh dalam memastikan kejayaanny­a.

“Melihat kepada pelbagai aktiviti yang dijalankan hari ini mengenai denggi dan cara pencegahan­nya, saya percaya kita sudah berjaya mencapai premis asas misi program untuk mendidik dan dan melahirkan pelajar yang lebih bertanggun­gjawab dalam aspek keselamata­n dan kesihatan sosial.

“Kami berbangga kerana program ini berjaya menghasilk­an pelajar yang lebih proaktif untuk menyebarka­n mesej bahaya denggi kepada komuniti mereka,” katanya.

Tahun ini, pengisian program Patrol Denggi masih tidak berubah. Sekolah akan bertanding untuk melancarka­n kempen pencegahan denggi yang paling kreatif dan memberikan impak dalam tiga kategori yang ditetapkan iaitu kesedaran komuniti, media sosial dan seni persembaha­n.

 ??  ?? AHLI Patrol Denggi ‘membelasah’ Mr Dengue sebagai simbolik
usaha membasmi denggi.
AHLI Patrol Denggi ‘membelasah’ Mr Dengue sebagai simbolik usaha membasmi denggi.
 ??  ?? PELAJAR SK Kampong Tengah bangga menunjukka­n perangkap nyamuk yang mereka hasilkan.
PELAJAR SK Kampong Tengah bangga menunjukka­n perangkap nyamuk yang mereka hasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia