Harian Metro

GALAK BELIA UJI KREATIVITI

-

Kreativiti antara kemahiran penting dalam proses pembelajar­an yang dapat membantu perkembang­an otak golongan muda agar mereka dapat menjadi lebih bijak dalam mencari penyelesai­an sebarang masalah.

Mendidik anak menjadi kreatif di peringkat awal juga dapat mempersiap­kan mereka menghadapi cabaran lebih besar apabila usia meningkat remaja.

Justeru, Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd (MIM), perancang dan pemaju utama yang bertanggun­gjawab membangunk­an 2,230 ekar tanah perbandara­n Medini di Johor, melancarka­n Medini Innoventio­n Challenge 2016 bagi menggalakk­an belia Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara menguji daya kreativiti mereka untuk menampilka­n idea inovatif serta ciptaan berpotensi yang dapat menyumbang kepada pembentuka­n Medini sebagai bandar raya pintar dan mampan.

Bertemakan Icon of

Future City Living, cabaran dua fasa ini terbuka kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Cabaran ini bertujuan mencetus pemikiran inovatif yang dapat mengorak semangat keusahawan­an dalam kalangan belia.

Ia boleh disertai sama ada secara solo atau berpasukan. Mereka yang berminat dikehendak­i mengutarak­an penyelesai­an atau idea berdasarka­n empat kualiti Bandaraya Pintar Medini iaitu Smart, Connected, Liveable dan Efficient.

Untuk fasa pertama cabaran ini, peserta diminta mengemukak­an idea menerusi cadangan bertulis dan rakaman video. Penyertaan bertulis perlu dilengkapi pengenalan ringkas, lakaran, model perniagaan, implikasi sosial dan ekonomi serta demonstras­i bagaimana idea itu dapat memberi manfaat kepada Medini.

Rakaman video seterusnya membolehka­n pelajar untuk membentang­kan idea secara lisan dan lebih kreatif.

Sehingga kini, penyertaan yang diterima daripada pelajar Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei. Untuk fasa kedua pula, 20 peserta (sama ada berpasukan atau individu) akan berpeluang membangunk­an idea mereka menerusi penghasila­n prototaip.

Kesemua 20 idea yang dihasilkan itu akan dipamerkan pada akhir tahun ini ketika penilaian akhir berlangsun­g untuk penentuan juara.

Juara berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 merangkumi dua kategori iaitu peringkat ijazah dan lepasan ijazah.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd Datuk Ir Khairil Anwar Ahmad berkata, cabaran ini disifatkan platform ideal untuk merangsang kreativiti belia dan mengukuhka­n hubungan antara industri serta ahli akademik berdasarka­n lokasi Medini yang berhampira­n dengan EduCity iaitu hab institusi pendidikan bertaraf dunia.

“Kami menantikan penghasila­n idea kreatif daripada belia negara ini. Kami percaya acara seperti ini dapat menjadi ruang sesuai untuk mencabar kreativiti minda masing-masing.

“Apa yang penting ialah azam kami untuk membantu pencipta muda ini memasarkan sekurang-kurangnya satu inovasi mereka supaya ia tidak berhenti separuh jalan.

“Idea yang dihasilkan itu bukan saja berpotensi untuk menyumbang ke arah pembanguna­n Medini, malah cabaran ini dapat memupuk lebih ramai usahawan muda di negara ini,” katanya.

Pelajar yang berminat untuk menyertai cabaran ini digalakkan menghantar penyertaan secara dalam talian menerusi laman www. medini.com.my/innoventio­nchallenge.

Cabaran ini disokong Kementeria­n Pengajian Tinggi Malaysia dan MIM bekerjasam­a dengan PlaTCOM Ventures Sdn Bhd, Media dan Game Innovation Centre of Excellence (MaGICX), Universiti Teknologi Malaysia dan Imagineeri­ng Institute.

 ??  ?? PERTANDING­AN Medini Innoventio­n Challenge 2016 berusaha mencetus pemikiran inovatif dalam kalangan belia Malaysia.
PERTANDING­AN Medini Innoventio­n Challenge 2016 berusaha mencetus pemikiran inovatif dalam kalangan belia Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia