Harian Metro

MANGSA ASID TAMPIL BERGAYA

- Nor Faizah Mohamed faizah@hmetro.com.my

Reshma Qureshi memperagak­an gaun labuh di pentas pembukaan Minggu Fesyen New York

Tanpa sebelah mata dengan wajah pasca pembedahan, Reshma Qureshi tanpa silu melangkah anggun di pentas peragaan antarabang­sa.

Reshma, 19, yang hilang mata kiri dan hilang bentuk wajahnya selepas diserang asid dua tahun lalu, memberanik­an diri tampil di pentas pembukaan Minggu Fesyen New York, minggu lalu.

Langkahnya bagaikan model profesiona­l dengan menggayaka­n gaun labuh rona krim berlatarka­n corak flora hasil kerja pereka India, Archana Kochar.

“Saya rasa amat seronok dan yakin. Ia pengalaman mengagumka­n. Saya rasa ia seperti berjaya mengubah kehidupan saya,” katanya dalam bahasa Hindi.

Reshma dijemput menjadi sebahagian daripada warga kerja FTL Moda, syarikat yang komited mencabar stereotaip industri fesyen dan kecantikan yang menyaksika­n mereka menjemput model Sindrom Down melangkah di pentas peragaan pada tahun lalu.

Reshma, yang mempunyai cita-cita menamatkan pengajian sekolah tinggi dan berhasrat melanjutka­n pelajaran ke kolej, mengatakan dia berharap penyertaan­nya di New York itu dapat memberi mesej padu kepada wanita yang senasib dengannya.

“Mengapa kita perlu menahan diri daripada menikmati kehidupan ini? Apa yang berlaku bukanlah salah atau kehendak kita dan kita sepatutnya terus bergerak ke depan,” katanya.

Serangan asid, yang lazimnya mensasarka­n wanita dan kanak-kanak, mula menjadi gejala di negara Asia Tenggara, beberapa bahagian Afrika, barat India dan Timur Tengah.

Di India, dianggarka­n 500 ke 1,000 serangan berlaku setiap tahun. Meskipun penyerang jarang membunuh mangsa, kesan asid itu meninggalk­an impak psikologi dan parut sosial terhadap mangsa.

Pentas peragaan minggu lalu itu secara kebetulan berlaku pada hari hukuman mati seorang lelaki di mahkamah India kerana membunuh wanita berusia 24 tahun dengan menyimbah asid ke wajah mendiang selepas dia menolak pinangan lelaki itu.

Reshma pula diserang abang iparnya pada 2014 sebelum ditangkap rakan lelaki itu lalu wajahnya disimbah asid.

Sejak kejadian itu, Reshma muncul dalam kebanyakan kempen kesedaran dalam usaha menghentik­an penjualan asid di India.

Dengan bentuk tubuh langsing dan tinggi lampai, Reshma juga tampil dalam beberapa video YouTube yang menunjukka­nnya melakukan langkah demi langkah dalam solekan dan berkongsi tip kecantikan.

“Saya mahu katakan pada dunia - jangan lihat kami dengan pandangan lemah kerana kami juga mampu lakukan banyak perkara seperti wanita normal.

“Ramai melihat mangsa serangan asid ini dengan hanya satu sudut perspektif dan saya tidak mahu mereka melihat mangsa asid ini dengan pandangan sebegitu,” tambahnya.

Anak kepada pemandu teksi ini buat pertama kalinya menaiki pesawat dan menjelajah ke luar negara sambil ditemani petugas badan kebajikan yang diwakiliny­a.

Setiap soalan yang dikemukaka­n padanya dijawab penuh sopan meskipun dirinya masih kepenatan dan mengalami ‘jet-lag’. -AFP

 ??  ?? BANGGA menjadi
model untuk memperjuan­gkan nasib wanita India. Mengapa kita perlu menahan diri daripada menikmati kehidupan ini? Apa yang berlaku bukanlah salah atau kehendak kita dan kita sepatutnya terus bergerak ke depan
BANGGA menjadi model untuk memperjuan­gkan nasib wanita India. Mengapa kita perlu menahan diri daripada menikmati kehidupan ini? Apa yang berlaku bukanlah salah atau kehendak kita dan kita sepatutnya terus bergerak ke depan
 ??  ?? RESHMA tampil dalam tutorial solekan di YouTube.
RESHMA tampil dalam tutorial solekan di YouTube.
 ??  ?? RESHMA tidak mahu wanita sepertinya dipandang
lemah.
RESHMA tidak mahu wanita sepertinya dipandang lemah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia