Harian Metro

Tiga hari tak berdiri

-

„ Pasukan penyelamat dipanggil hantar lelaki seberat 250 kilogram ke hospital guna lori

Masalah kesihatan yang dialami seorang lelaki obesiti seberat 250 kilogram menyebabka­n pasukan penyelamat terpaksa dipanggil bagi membantu membawanya ke Hospital Sibu, semalam.

Lelaki terbabit, Sia Chi Herng, 33, mengalami masalah kesihatan sehingga tidak mampu berdiri sejak tiga hari lalu dan tidak dapat membuang air kecil.

Ahli keluarga lelaki terbabit menghubung­i pasukan penyelamat untuk mendapatka­n bantuan menghantar lelaki itu ke hospital bagi menjalani pemeriksaa­n kesihatan pada jam 11 pagi.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, tiga ahli Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sibu serta dua pembantu perubatan terbabit dalam operasi itu.

Seorang anggota yang terbabit dalam operasi itu, Terry Robson Forance Nyanggau berkata, pasukan penyelamat terpaksa meletakkan lelaki itu atas kain putih sebelum menariknya atas papan lapis.

Menurutnya, selepas dibaringka­n, lelaki itu ditarik perlahan-lahan ke luar rumah dan meletakkan papan itu atas lori bomba.

“Kami terpaksa menggunaka­n lori yang ada mesin pengangkat bagi memudahkan memasukkan lelaki itu dalam lori.

“Lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaa­n kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, pasukan penyelamat mengambil masa 30 minit untuk membantu mengangkat lelaki itu.

“Sebelum ini, lelaki itu dikatakan mampu berjalan menggunaka­n tongkat, tetapi sejak Isnin lalu, tahap kesihatann­ya semakin menurun dan terpaksa dihantar ke hospital untuk pemeriksaa­n,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN penyelamat ambil masa 30 minit untuk mengangkat lelaki seberat 250 kilogram ke hospital.
PASUKAN penyelamat ambil masa 30 minit untuk mengangkat lelaki seberat 250 kilogram ke hospital.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia