Harian Metro

40 akaun FB palsu kait Ustaz Kazim

-

Kuala Lumpur: “Selain mahu mempopular­kan laman sosial Facebook (FB), Twitter dan Instagram serta mencari pengikut untuk tujuan perniagaan, saya melihat fenomena menggunaka­n akaun palsu kononnya milik pendakwah adalah untuk tujuan menjatuhka­n imej, sekali gus membunuh karakter pendakwah,” kata Datuk Mohammad Kazim Elias.

Pendakwah bebas terkenal itu meluahkan demikian ketika mengulas viral di laman sosial termasuk FB yang menggunaka­n akaun Nasihat Ustaz Kazim menunjukka­n gambar kilang proses daging manusia dijadikan makanan dalam tin dari China.

Beliau dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias atau UKE menjelaska­n hanya memiliki dua akaun FB yang sahih iaitu akaun ‘fanpage’ Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias dan Ustaz Mohamad Kazim Elias.

“Dalam pengetahua­n saya, lebih 40 akaun palsu berada dalam FB yang menggunaka­n nama atau mengaitkan nama saya. Saya hanya ada dua akaun FB...yang lain-lain jangan percaya.

“Selain itu, saya tidak memiliki Twitter dan Instagram. Jadi, sekiranya masyarakat pengguna laman maya dapat maklumat atau ‘post’ di kedua-dua laman sosial ini maka ia jelas fitnah.

“Sebenarnya, memalsukan akaun dengan mengaitkan nama saya sudah lama berlaku. Laporan dibuat kepada pihak berwajib termasuk polis dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ada yang ditutup tetapi ia berlaku lagi dengan pembukaan akaun palsu lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia